Masih ramai siswa dan siswi yg tidak tahu kemana halu tuju selepas bgraduasi, tidak kira lah sama ada lepasan dploma mahupun ijazah. Yg dploma kemungkinan besar nak sambung ke ijazah demi peluang yg lebih cerah manakala yg ijazah ramai yg memilih terjun ke bidang kerjaya dari terus menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Itu semua depends on the people itself. Yg gila buku belajar lah, yg nak duit nak pengalaman kerjalah..
10 TIPS DAN NASIHAT KEPADA "FRESH GRADUATE"
Ingin saya kongsi 10 tips khas buat fresh graduate. Supaya
ia memberi manfaat kepada anda semua, insyaALLAH
1. Jangan beli
kereta
Elakkan membeli kereta pada dua tahun pertama bekerja
kecuali kalau kerja anda melibatkan banyak travelling dan anda boleh buat
"untung" daripada travelling claim. Biasa-biasakan naik pengangkutan
awam waktu mula-mula kerja ni.
2. Beli Rumah Kos Rendah
Sebab baru bekerja dan gaji kecil bukanlah alasan untuk
tidak membeli rumah. Boleh je beli rumah. Advantage kat sini adalah fresh
graduate yang gaji kurang daripada RM2,500 boleh beli rumah low cost.
3. Educate Diri
Sendiri
Saban tahun ada saja berita berkenaan peratusan fresh
graduate yang bankrap yang semakin meningkat. Biasanya yang masuk dalam
golongan bankrap ni adalah yang tak berilmu dan melakukan kesilapan kewangan,
bukan yang bergaji kecil. Gaji besar tapi kalau bulan-bulan kebocoran sana sini
dan takde saving pun no point. So educate yourself.
4. Mengambil
Insurans Kesihatan (Medical Card).
Untuk fresh graduate, memadai bajet antara RM100 – RM150
untuk medical card. Bila ada plan medical card sendiri ni, secara tak langsung kita
dah tak bergantung pada parents kalau berlaku apa-apa kecemasan. Cukuplah 20
tahun lebih kita susahkan mereka, dah sampai masanya untuk berdikari. Kepada
yang dapat benefit medical daripada company atau kerja kerajaan, ambil plan
Takaful paling murah sebagai back up. Jangan bergantung 100% pada orang lain
5. Cuba elakkan mengambil kad
kredit.
Kad kredit sangat bahaya jika anda jenis tak tahu manage
perbelanjaan. Ini juga akan lead ke bankrupsi. Kalau nak ambil sekalipun, ambil
selepas dua tahun bekerja dan hanya gunakan bila perlu sahaja. Ambil dengan
kredit limit yang rendah i.e RM5000 sahaja. Make sure langsaikan hutang kad
kredit sebelum tarikh akhir. Jangan amalkan bayar minimum payment saje, nanti
bunga dia akan berganda
6. Sedekah dan Zakat.
Percaya yang satu ni. Setiap sedekah, zakat dan pemberian
yang ikhlas dari sumber rezeki yang halal, akan Allah gandakan dengan rezeki
baru. Disiplinkan diri untuk mula amalkan sejak dapat gaji pertama lagi
7. Buka akaun Tabung
Haji .
Buka akaun Tabung Haji secepat mungkin. Cukupkan simpanan RM
1,300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran haji, walaupun masih bujang dan
belum berkahwin.
8. Mencari Pasangan
Hidup .
Cari pasangan yang sudi naik kereta buruk sama-sama, asap
hitam berkepul-kepul dan menyewa /duduk di rumah kecil-kecil sahaja dahulu.
Sekufu dari sudut minda kekayaan.
9. Pekakkan Telinga
Pekakkan telinga dengan kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi
Starbucks / ngeteh malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai telefon berjenama
mahal. Kalau kita tak cukup duit, ada dia nak bagi duit dekat kita?
10. Monitor, Revise dan Improve.
Setiap perkara yang anda buat mesti ada kelebihan dan
kekurangannya. Begitu juga jangka waktu ianya patut dilaksanakan. Tak boleh
statik dan tiada penambahbaikan (improvement). Benda ni kena praktis, lama-lama
jadi biasa. Set perancangan kewangan/bajet jangka pendek, jangka sederhana dan
jangka panjang. Lepas tu kena monitor perkembangan. Mana yang ada cacat cela,
cepat-cepat perbaiki. Kenalpasti peluang dan ruang untuk tingkatkan lagi sampai
korang jumpa bajet yang betul-betul mantap.
SEKIAN~