Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat
biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat
tahu anak mengandung luar nikah, cepat cepat kahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH,
maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila… .
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di
mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut.
Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya
amat penting:
Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya
sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin
sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang
bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah
sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya
mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK
SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun
lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah
tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan,
atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali
lagi, secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak
diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam
zina kerana pernikahan itu tidak sah.
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan
bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki
itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram
kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan
seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah
bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan
segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh
bernikah.
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang
di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik
menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu
sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang
untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir
dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami
dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam / ustaz sekiranya anda
berhadapan masalah sebegini atau bila perlu.
Jauhilah perkara-perkara yang menyebabkan
penziaan,jagalah keturunan nasab kita supaya menjadi genarasi yang mulia..