Rabu, 15 Mei 2013

Senggugut.. :(

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh ramai wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar “primary spasmodic dysmenorrhea” dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagian seperti senarai dibawah.

Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut.

Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’ .

Senggugut yang biasa iaitu bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.

tapikan kwn syirah sering senggugut ketika period.. kdg2 dia tak dpt nak bjalan or bdiri.. hari ptama hingga last period dia mesti ambil ubat penahan sakit tak tau la apa nama ubat tu.. berurut badan diantara pinggang.. ada masa dia tak selera nak makan.. asyik tekan dia punya diantara  pinggang dan rahim.. tanpa bantuan ubat dia akan pengsan.. dahsyat kan?? dalam 1 bulan 2,3 kali dia period. so kta keng kwn bimbang suruh la dia pergi klinik.. kami kan dapat suntikan HPV percuma dkat klinik. pergi la skali check up dia punya rahim.. rupa2nya kan dia punya salur uterus kembang/bengkak.. 

syirah masa period tak slalunya senggugut... ekot waktu jer.. so buat saudari seggugut tu tak bleh diambil endah okey?? jumpa la doktor untuk menggetahui masalah senggugut anda.

* Bagi orang lelaki ini yang tidak tahu, inilah sakit orang perempuan yang sering mereka hadapi. Hanya orang perempuan sahaja yang tahu betapa sakitnya apabila menghadapi sakit senggugut. Jadi jangan marah jika kawan-kawan perempuan korang tiba-tiba mood swing tak tentu pasal ye.

1 ulasan:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    BalasPadam