Berkata Ali r.a.: "Saya dan Fatimah telah pergi ke
rumah Rasulullah S.A.W. Apabila kami masuk ke rumah baginda maka kami melihat
Rasulullah S.A.W sedang menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah: 'Ya
Rasulullah, mengapa Rasulullah menangis?"
Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10 jenis seksaan bagi
wanita. Antaranya:
1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak
di kepalanya mendidih.
2. Orang perempuan yang digantung dengan lidah dan tangannya
dikeluarkan dari punggungnya dan minyak dituangkan ke dalam
kerongkongnya.
3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari
arah punggungnya dan air kayu zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya.
4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kakinya
beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular
dan kala jengking.
5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan
dibawahnya terdapat api yang menyala-nyala.
6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan
gunting daripada neraka.
7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan
usus-ususnya sendiri.
8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam peti
daripada neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian
badannya seperti hidung, telinga, dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab penyakit
kulit dan penyakit lepra.
9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan
badannya pula seperti keldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan
10. Orang perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ekor
ular dan kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui
duburnya dan para malaikat memukul kepalanya dengan palu mereka dari neraka.
Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya itu maka
Fatimah pun berkata "wahai ayahku, ceritakanlah padaku apakah amal-amal
yang telah dilakukan oleh wanita-wanita tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda "wahai anakku
Fatimah, adapun:
1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana
dia tidak mahu menutupi (melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu
tidak mahu menutup auratnya.
2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah
kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda "seseorang wanita yang
menyakiti suaminya dangan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya
di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya.
Seseorang perempuan yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT
dan para malaikat melaknatinya."
Dari Usman r.a. berkata "seseorang perempuan yang
mengatakan kepada suaminya dengan berkata "Aku belum pernah melihat
kebaikanmu" maka Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70
tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam
hari.
3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya,
adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.
4. Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah kerana
dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas
besar. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatangan
haid dan nifas.
5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana
berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib
orang lain.
6. Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri
dengan gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya dikalangan
orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan
setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia
pakai.
7. Orang perempuan yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya
sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala
jenking adalah kerana dia itu boleh bersolat, puasa tetapi tidak mahu mengambil
wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak mahu juga mandi junub.
8. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi, dan
badannya seperti kaldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka
berdusta.
9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah
kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.
Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah
bersabda bahawa: "Kalaulah semua yang ada dibumi ini berupa emas dan
perak, kemudian dibawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari
dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta yang ada di sini
adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun' .Maka sesungguhnya
Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak".
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin
suaminya, sesungguhnya dia dikutuk oleh segala yang disinari matahari dan bulan
sehingga dia kembali ke rumah suaminya"
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu keluar dari rumahnya dengan
memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yang harum dan si suami pula
membenarkannya, maka sesungguhnya Allah SWT akan membangunkan kepadanya setiap
langkah isterinya itu satu rumah dalam neraka"
Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah
bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap
suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya Allah
memurkainya sehingga dia tidak lagi boleh tertawa dihadapan suaminya atau pun
menggembirakan suaminya itu".
* ya Allah engkau telah memberi kesedaran kepada diriku untuk berubah dan terus berubah ke jalan yg benar.. wlaupun sdikit demi sdikit ku jalani amanah mu.. insyaAllah aku akan mjdi seorg perempuan/anak perempuan yg solehah dgn hati terbuka dan tenang tanpa keraguan dan paksa.. :)
* ingat hidup kita bkannya lama.. esok lusa tulat.. silap2 Tuhan cabut nyawa kita.. so fikir la..
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
BalasPadamDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny