Perihal Sirat Mustaqim.
Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya
ialah :
1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.semua
kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.
DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM
Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku
menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu
: ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait
seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para
sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”
Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun
hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait
itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta
tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan
suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke
dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk
juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,
“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”
Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai
aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri
di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)
Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa
sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada
pedang.
Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih
selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil
bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah
dilalui untuk sampai ke syurga idaman.
Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup
yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan
dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan
tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam
selama-lamanya.
Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian
agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang
tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya,
kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”
Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat
Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin
keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :
~ Banyakkan bersedekah
~ Melazimkan diri hadir ke masjid
Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan
seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :
Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan
mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam,
dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk
memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat
hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”
*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.
p/s: ini bukan gambaran sebenar Neraka. tp ia hanyalah sekadar lakaran semata2.
harap maklum.
Titian Siraq 5,000 tahun mendaki, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun curam.
Nauzubillah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan