Ahad, 28 April 2013

Ego VS Jual Mahal..

utk kaum adam sekalian..

syirah bukan nyer nak menyakitkan hati korang..
tapi.. soal perasaan mmg tak bleh dpaksa paksa..

ego vs jual mahal.
yes!! mmg syirah ego!! keras kepala.
bkan pilih kasih okeyh!
dan mmg syirah jual mahal!!

apa salah nya seorg ppuan jual mahal??
jual mahal itu perlu, kerana yg mahal itu INDAH..
hello.. ppuan bkan umpama membeli gula2 okeyh!
tak suka tak suka tak suka!!

pengakuan! syirah jenis tak suka tgok ppuan gedik!!
tgok jer lelaki hensem dah tjuk prangai..
nak minta phatian la tue..

ya Allah.. btambah dosa aku..
kalau aku kaum adam, baik tak payah pandang..

tak suka tgok lelaki duk mengatal..
tukar pasangan mcm anak patung..
BUAYA DARAT!
yg suka jd kutu malam..
alangkah elok nya prg masjid..
merokok??
tak suka hidu bau rokok..
mcm3 lagi la..

herm..
pasal jodoh??
syirah malas nak fikir..
syirah bukan kesuntukan okeyh..
single lagi okeyh..
tapi kta tcipta bpasangan..


perempuan
yang 'JUAL MAHAL' itu
lebih tinggi harga dirinya,
jika dibandingkan dengan perempuan
yang mudah di-tackle oleh lelaki

Sabtu, 27 April 2013

Saudari, Kamu Cantik Sekali... Tapi..


Saudari, kamu cantik sekali

Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Saudari, kamu cantik sekali

Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi. 


Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.

Menangislah Sahabatku.. Jika Hati Kamu Lembut

                                          
Sahabat..

Apa salahnya menangis, jika memang dengan menangis itu membuatkan manusia menjadi sedar. Sedar akan kelemahan-kelemahan diri, disaat tiada lagi yang sanggup menolong dari kesusahan selain Allah Swt. Kesedaran yang membawa kepada manfaat dunia dan akhirat.

Bukankah hati manusia tidak pernah stabil?

Selalu berbolak – balik menurut keadaan yang dilalui.

Apabila seseorang menghadapi kebahagiaan, maka hatinya akan gembira. Dan saat dilanda musibah, banyak orang yang berputus asa lalu berpaling dari kebenaran.

Sebahagian orang menganggap menangis itu adalah sesuatu yang hina, ia merupakan tanda lemahnya seseorang. Bangsa Yahudi selalu marah apabila anaknya menangis kerana dikatakan tidak akan mampu melawan musuh-musuhnya. Orang Jepun akan memarahi anaknya jika mereka menangis kerana dianggap tidak tabah menghadapi hidup. Menangis adalah sesuatu yang hanya dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai prinsip hidup.

Bagi seorang muslim yang mukmin, menangis merupakan sebuah kelembutan hati dan petanda kepekaan jiwanya terhadap peristiwa yang menimpa dirinya mahupun umatnya.

Rasulullah SAW menitiskan air matanya ketika anaknya Ibrahim, meninggal. Abu Bakar selalu digelarkan oleh anaknya Aisyah sebagai Rajulun Bakiy (Orang yang selalu menangis).

Beliau sentiasa menangis, dadanya bergolak semasa solat dibelakang Rasulullah SAW kerana mendengar ayat-ayat Allah. Abdullah bin Umar pada suatu ketika melewati sebuah rumah yang didalamnya ada seseorang sedang membaca Al Qur’an. Ketika sampai pada ayat: “Hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam” (QS. Al Muthaffifin: 6). Pada saat itu beliau diam, berdiri tegak dan merasakan dirinya seakan-akan sedang menghadap Tuhan, kemudian beliau menangis.

Lihatlah betapa Rasulullah SAW dan para sahabatnya benar-benar memahami dan merasakan getaran-getaran keimanan dalam jiwa mereka. Lembutnya hati mengantarkan mereka kepada darjat hamba Allah yang peka.

Bukankah diantara tujuh golongan manusia yang akan mendapatkan naungan pada hari dimana tiada naungan kecuali naungan Allah, adalah orang yang berdoa kepada Rabbnya dalam kesendirian sambil menitiskan air mata? Tentunya begitu sukar menitiskan air mata sewaktu berdoa jika hati seseorang itu tidak lembut.

Yang biasa dilakukan manusia dalam kesendirian adalah maksiat. Bahkan banyak manusia yang bermaksiat apabila bersedirian didalam bilik. Seorang mukmin sejati akan menangis dalam kesendirian dikala berdoa kepada Tuhannya. Sedar betapa beratnya tugas hidup yang harus dipikulnya di dunia ini.

Di zaman ketika manusia lalai dalam gemerlap dunia, seorang mukmin akan sentiasa menjaga diri dan hatinya. Menjaga kelembutan dan kepekaan jiwanya. Dia akan mudah menitiskan air mata demi melihat kehancuran umatnya. Kesedihannya begitu mendalam.

Kita tidak akan melihat seorang mukmin bersenang-senang dan bersuka ria ketika jirannya mengalami kesedihan, ditimpa berbagai ujian, cubaan, dan fitnah. Mukmin yang sebenar akan dengan bersedia membantu meringankan segala beban saudaranya. Ketika seorang mukmin tidak mampu menolong dengan tenaga ataupun harta, dia akan berdoa memohon kepada Tuhan semesta alam.

Menangis merupakan sebuah bentuk pengakuan terhadap kebenaran. “Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri) seraya berkata: “Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur’an dan kenabian Muhammad)”. (QS. Al Maidah: 83).

Ja’far bin Abdul Muthalib membacakan surat Maryam ayat ke-16 hingga 22 kepada seorang raja Nasrani yang bijak. Mendengar ayat-ayat Allah dibacakan, bercucuranlah air mata raja Habsyah itu. Dia mengakui benarnya kisah Maryam dalam ayat tersebut, dia telah mengenal kebenaran itu dan hatinya yang lembut menyebabkan matanya sembab kemudian menangis. Raja yang rindu akan kebenaran benar-benar merasakannya.

Orang yang keras hatinya, akan sulit menangis apabila dibacakan ayat-ayat Allah. Bahkan ketika datang teguran dari Allah sekalipun, dia akan tertawa atau malah berpaling dari kebenaran. Sehebat manapun bentuk penghormatan seorang tokoh munafik Abdullah bin Ubay bin Salul kepada Rasulullah Saw, sedikit pun tidak berpengaruh pada hatinya. Dia tidak peduli ketika Allah Swt mengecam keadaan mereka di akhirat nanti, “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan neraka yang paling bawah. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapatkan seorang penolongpun bagi mereka”. (QS. An Nisa’: 145)

Barangkali di antara kita yang belum pernah menangis, maka menangislah disaat membaca Al Qur’an, menangislah ketika berdoa di sepertiga malam terakhir, menangislah kerana melihat keadaan umat yang hancur, atau tangisilah dirimu kerana tidak dapat menangis ketika mendengar ayat-ayat Allah.


Semoga dapat melembutkan hati kita. Ingatlah hari ketika manusia banyak menangis dan sedikit tertawa kerana dosa-dosa yang dibuatnya selama di dunia. “Maka mereka sedikit tertawa dan banyak menangis, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan”. (QS At Taubah: 82). 

Jadi apa salahnya menangis, sahabat hati?

2013

assalamualaikum..

lama dah tak up date blog nie.. :( 
paling last 14.12.12.
sbab syirah sibuk..
tiap2 hari tido lewat malam..
tapi syirah tetap senyum..
dugaan seorg pelajar..
sabar harungi cabaran dan jgn mudah putus asa!!

okeyh! tahun nie ada pkembangan ckit..
so syirah nak crita ckit pengalaman januari hingga april nie..
ckit jer tau.. kalau tak nanti panjang lebar..
syirah up date yg syirah ingat jer.. :)
minggu hadapan syirah ada axem. blalalala.. tamat suda semester 4. 
tinggal 1 semester lagi..
tak sabar nih!

oh ya.. 
pkembangan sblum nie adalah..

bulan 1 hari tue syirah, ct dilla, mariyam, athirah dan hasanah mjadi wakil kump 2 utk school of science utk ptandingan nasyid..
ya'Allah.. you all tau tak kta org pun nasyid berserabut. hahaha. klakar tau. 
kalau ada peluang syirah up date video tu..
tu laa balasan suka buat latihan last minit.. 
tapi kump 1 yg terdiri daripada emma, lydia, fatimah, erica dan tak tau la nama sorg lagi tu..
dia org dpt tempat ketiga.. tahniah!!
* erica dulu bukan islam.. tapi dia adalah sahabat baru kita.. syukur.. dia mmeluk islam dah hampir 6 bulan lebih kot.. nama baru dia.. syirah tak ingat.. ;p *
lepas tu kan lelaki dpt tempat pertama dalam ptandingan mbawa spanduk.. hoooraayyy!!

pada 19-21.04.13 kta org yg ambil subjek pengajian islam ada buat kemping..
nak tau dkat mana??
huaahahahah..
dkat kolej jer..
syukur Alhamdulillah.. bjalan dgn lancar..
seronok.. asyik makan jer keja..

erm.. kisah mentor baru kami yg garang dan pilih kasih tue??
Alhamdulillah..
dia dah layan kami org dgn baik..
dia dah pandai bergurau terutamanya dkat syirah dan fifi..
dia anti kami berdua..
hahahahha.
miss semakin comel!!

tak sabar nak tunggu 19.06.13
rasa nak melompat2..
nak tahu??
tunggu dan lihat..
hari itu akan mjadi hari yg mgembirakan dan penuh bmakna..

dahdahdah.. stakat nie jer..
wassalam.. :)