Isnin, 21 Oktober 2013

Impian Seorang Gadis

aku bukanlah seorg gadis yg cerewet dlm mmilih pasangan hidup..

siapalah diriku ini utk mmilih berlian sdgkan aku hanya sebutir pasir yg wujud dmana2..

tetapi aku juga punya keinginan spt gadis lain, 
dilamar lelaki yg bakal dnobatkan sbg ahli syurga,
mmimpinku ke arah tuju yg satu..

tidak perlu kau mmilih wajah seindah
Nabi Yusuf A.S yg mampu
mdebarkan jutaan gadis utk
mbuatku terpikat..

andainya kaulah jodohku yg tertulis
di Luh Mahfuz,
Allah pasti mencampakkan rasa kasih
di dalam hatiku..
jua hatimu kali pertama kita
berpandangan..

itu janji Allah..

akan tetapi,
selagi kita tdk diikat dgn ikatan
yg sah,
selagi itu jgn kau zahirkan
perasaanmu itu kpdku kerana kau
masih tdk mempunyai hak utk
berbuat begitu..

juga jgn kau lampaui batasan yg
telah dtetapkan syara'
aku takut perlakuanmu itu akan
mberi impak yg tidak baik dlm
kehidupan kita nanti..

permintaanku tdk banyak,
cintailah aku bila tiba saatnya..
bawalah aku ke SyurgaNya..

Ahad, 20 Oktober 2013

engkalak VS kangkung

VS

okeyh! terliur tengok buah engkalak.. buah nie kalau di makan bersama kicap dan nasi panas perrrghh!! memang sedap punya.. lepas tu brulam dgn sayur kangkung.. sedapp kan??? kan??? tapi syirah dah tak makan 2 benda nie!! geli sudah... :( nak syirah bagitau?? okeylaa.. sebenarnya,

anda makan engkalak?? makan kan?? so mcm mana anda makan?? mesti anda rendam dgn air panas kan?? lepas tue ada tus dan makan.. masa makan mesti you all keluarkan biji dan terus makan kan??? hahhahaa sebenarnya anda mestilah periksa dahulu dalamnya.. adakah dalam keadaan sempurna. jgn ambil biji lepas tu gap dalam mulut.. tak pasal2 anda makan sama dengan ulat/ cacing. dalam buah tu sebenarnya ada ulat/ cacing. just you all tak perasan.. benda tu halus.. disebabkan buah tu terlampau sedap sgt pasti ingat buah tu elok jer kankankan??.. hehhheee oleh itu periksa dahulu sebelum makan..

kangkung?? sbenarnya batang kangkung ada cacing.. cacing pita. oleh itu kita digalakkan tidak makan batangnya.. tapi byk org cakap sedap makan bersama batang!! lebih2 makan bersama rojak sotong.  tahu tak cacing tu boleh hidup selamanya dan tidak akan pernah mati.. ia mampu bertahan pada suhu yang panas dan tak mati apabila di masak.. apabila kita termakan cacing tersebut, ia akan masuk ke dalam badan kita dan hidup di dalam perut.. ia sangat merbahayakan.. pernah terjadi, banyak berlaku kes sebergini.. ia juga kemungkinan boleh membawa maut.. 

nanti syirah share apa terjadi cacing pita di dalam badan dan info tentang cacing pita.. cacing pita adalah tajuk parasitologi semester lepas.. :) selamat malam..

syirah dah fobia nak makan benda nie.. hehhee.. geli dan takut.. makan boleh, tapi jangan lah kerap sangat makan kangkung tue.. dan buah engkalak tu periksa dahulu sebelum masuk dalam mulut.. selamat  malam..

Mencium Dahi..

syirah nak kongsi sdikit yg syirah pernah lihat semasa majlis akad nikah. tak kira la akad nikah saudara-mara, jiran tertangga, kawan2 or sbagainya.. terdapat 90% selepas akad nikah dan selepas isteri menghulurkan tangan utk bsalaman, si suami akan mencium dahi si isteri. dan 10% syirah lihat suami meletakkan tangan tanpa mencium dahi isteri... so why???? ia menjadi tanda tanya..

okeyh!! sbenarnya mengikut Islam, berciuman tidak digalakkan/ tidak boleh dibuat di khalayak org ramai.. walaupun sudah sah sbg suami isteri, masih perlu menjaga adab supaya tidak menggugurkan maruah masing2.. 

adab bercium2 masa kahwin ini dikatakan menyerupai cara berkahwin di gereja (kristian). org dulu2 kahwin suami hulurkan tangan, isteri cium tangan suami. sekarang ini dah buat cium pipi dan dahi pulak!! tahun2 akan datang tak tahu pulak cium bahagian mana.. 

pada kaum lelaki yg nak bkahwin, buat berikut semasa akad nikah tau...

  • solat sunat selepas akad nikah
niatnya: "Usolli sunnata ba'dan nikahi rak'ataini lillahi Ta'ala"Allahu Akbar""
maksudnya: sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta'ala
 - rakaat pertama: mbaca surah Al-Faatihah dan Al-Kafiruun
 - rakaat kedua: mbaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
 - mbaca doa slepas salam..

  • sujud syukur
  • suami memegang atau meletakkan tapak tangan diatas ubun2 atau kepala isteri dan berdoa
"apabila salah seorg dari kamu bnikah dgn seorg wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mdoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: 'Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya yang Engkau tetapkan kepadanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.' (riwayat Abu Daud)
  •  isteri bersalaman dgn suami sambil cium tangan dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah... (jangan fokus nak ambil gambar sahaja)
antara yang anda lihat, UZTAZ DON DANIYAL mengamalkan beberapa perkara sunat tersebut selepas akad nikah.

satu lagi syirah nak kongsi pasal kawan syirah (lelaki) yang berasal dari sibu.. dia kacukan india ke pakistan *syirah malas nak ambil tahu and poret*. masa tue dia dilantik menjadi pengacara/ MC Program Ramah Tamah Aidilfitri bersama Anak-Anak Rumah Nur Murni, Pegawai H.U.S dan Gnosis. dia cari pakaian yg bertemakan hijau.. so kita tlgkan cari baju melaju bwarna hijau serta kain songket. sbab baju raya dia tak dbawa and tertinggal dkat sibu. nasib baik kwan kita (perempuan) kazen dia mak andam.. so dia pinjamkan baju songket pengantin berwarna hijau.. dia pun cuba try pakai 1 set!! tau tak!!syirah lihat dia terpengun sgt.. mcm pengantin baru.. hehhee sedangkan dia pengacara..

mulut syirah terkeluar ayat nie "mcm pengantin plak". dia seronok sgt2! ada org baik hati pinjamkan baju dkat dia tanpa bayar 1sen pun.. dia pun tercakap, dia tak nak jadi pengantin. kalau dia berkahwin nanti dia cakap cukup sekadar akad nikah.. dia tak nak bersanding.. syirah cakap kenapa.. dia diam sekejap dan bercakap itu adab org kristian dan budha. bukan adab org Islam..

syirah tergamam.. ada juga lelaki berfikiran dan sikap sebergini..
renung2kan selamat beramal..
maaf kalau membuat anda tersinggung
dan tersalah kata..
keep calm and smile..!! :)

Sabtu, 19 Oktober 2013

Berkahwin Semasa Mengandung Anak Luar Nikah???

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung luar nikah, cepat cepat kahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila… .
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut.
Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam / ustaz sekiranya anda berhadapan masalah sebegini atau bila perlu.
Jauhilah perkara-perkara yang menyebabkan penziaan,jagalah keturunan nasab kita supaya menjadi genarasi yang mulia..

Jodoh Di Tangan ALLAH...

jauh atau dekat, jumpa atau hilang, datang atau pergi, jodoh di tangan ALLAH.. 
lambat atau cepat, ia akan datang juga...
insya'Allah.. :)

SINGLE?? 
well, ALLAH is looking at you right now and saying,
I'am saving for this person for
SOMEONE special..

Jumaat, 26 Julai 2013

Be Humble..!!!

saudari, saudara dan sahabat2ku sekalian..

jikalau anda mempunyai kenalan atau sahabat yang kurang pandai..
please please laaa.. tolong la.. jgn pandang rendah terhadap mereka..
ajarlah mereka kalau mereka tak faham.. kongsi ilmu anda.. usahla kedekut sgt. kalau mereka bagi idea dkat anda terima dan memperbetulkan sedikit kesalahan mereka.. jgn laa bercakap 'salah ya or pura2 tak dgr'.. hello diorg ada prasaan dan hati okey.. diorg pun nak juga jdi pandai mcm anda.. 

org yg kurang pandai akan mjadi pandai suatu hari nanti.. percayalah.. sbb mereka berusaha dan gigih untuk cemerlang. tak semestinya dalam pelajaran.. dalam perniagaan pun mereka boleh maju tanpa lulus spm.. sbb mereka berusaha mcari kelebihan dan kelemahan mereka.. jgn cakap org tak lulus spm tak ada kejayaan.. zaman skrang zaman moden.. kerja tanpa sijil diploma pun besar juga gaji.. cuma perbezaannya adalah cara pekerjaan. tgk ahli perniagaan skarang dah maju dan mningkat. sbg cth pniagaan kek lapis. 1 hari keuntungan mereka secara kasar 400 darab sebulan?? brapa mereka dapat?? kira2.. besarkan??

org yg pandai tak akan semestinya pandai selama2nya. jikalau mereka tak guna ilmu mereka sebaik2nya.. sstengah org merasa angkuh sbb dia bglaran org yg pandai.. "alah aku pandai tak best la kawan org tak sama taraf dgn aku malu la.. takkan ada org nak lawan aku siapa dpt markah tertinggi.." lepastu dah tak brusaha lagi sbb pandai??  herm kalau dapat PHD "glaran doktor" pun dgn sikap mcm tue baik tak payah.. satu lagi please jgn keluar prkataan BODOH dari mulut anda.. ia umpama anda.. (fikir2 la..)

tuhan ciptakan kita semua mempunyai akal yg cukup sempurna..
cuma cara kita belajar dan hidup kita berlainan..
manusia ada kelebihan dan kekurangan.. 
percayalah..
tak ada cacat cela pun..
sstengah org blum tahu kelebihan mereka..

JANGAN merasa ANGKUH bila ilmu penuh di dada,
kerana ILMU itu boleh pergi dan boleh juga akan kembali begitu saja...
BE HUMBLE.!!!

Rabu, 15 Mei 2013

Senggugut.. :(

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh ramai wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar “primary spasmodic dysmenorrhea” dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagian seperti senarai dibawah.

Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut.

Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’ .

Senggugut yang biasa iaitu bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.

tapikan kwn syirah sering senggugut ketika period.. kdg2 dia tak dpt nak bjalan or bdiri.. hari ptama hingga last period dia mesti ambil ubat penahan sakit tak tau la apa nama ubat tu.. berurut badan diantara pinggang.. ada masa dia tak selera nak makan.. asyik tekan dia punya diantara  pinggang dan rahim.. tanpa bantuan ubat dia akan pengsan.. dahsyat kan?? dalam 1 bulan 2,3 kali dia period. so kta keng kwn bimbang suruh la dia pergi klinik.. kami kan dapat suntikan HPV percuma dkat klinik. pergi la skali check up dia punya rahim.. rupa2nya kan dia punya salur uterus kembang/bengkak.. 

syirah masa period tak slalunya senggugut... ekot waktu jer.. so buat saudari seggugut tu tak bleh diambil endah okey?? jumpa la doktor untuk menggetahui masalah senggugut anda.

* Bagi orang lelaki ini yang tidak tahu, inilah sakit orang perempuan yang sering mereka hadapi. Hanya orang perempuan sahaja yang tahu betapa sakitnya apabila menghadapi sakit senggugut. Jadi jangan marah jika kawan-kawan perempuan korang tiba-tiba mood swing tak tentu pasal ye.

Seksaan Wanita Di Neraka



Berkata Ali r.a.: "Saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah S.A.W. Apabila kami masuk ke rumah baginda maka kami melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah: 'Ya Rasulullah, mengapa Rasulullah menangis?"


Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita. Antaranya:

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidah dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak dituangkan ke dalam kerongkongnya.

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya.

4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala jengking.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan dibawahnya terdapat api yang menyala-nyala.

6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka.

7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri.

8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam peti daripada neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya seperti hidung, telinga, dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra.

9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan

10. Orang perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya dan para malaikat memukul kepalanya dengan palu mereka dari neraka.

Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya itu maka Fatimah pun berkata "wahai ayahku, ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita-wanita tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda "wahai anakku Fatimah, adapun:

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana dia tidak mahu menutupi (melindungi)        rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahu menutup auratnya.


2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan     kata-katanya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda "seseorang wanita yang menyakiti suaminya dangan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya. Seseorang perempuan yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT dan para malaikat melaknatinya."

Dari Usman r.a. berkata "seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata "Aku belum pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.

4. Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatangan haid dan nifas.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain.

6. Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya dikalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

7. Orang perempuan yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala jenking adalah kerana dia itu boleh bersolat, puasa tetapi tidak mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak mahu juga mandi junub.

8. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi, dan badannya seperti kaldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.

Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa: "Kalaulah semua yang ada dibumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun' .Maka sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak".

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk oleh segala yang disinari matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya"

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu keluar dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yang harum dan si suami pula membenarkannya, maka sesungguhnya Allah SWT akan membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itu satu rumah dalam neraka"

Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi boleh tertawa dihadapan suaminya atau pun menggembirakan suaminya itu".

* ya Allah engkau telah memberi kesedaran kepada diriku untuk berubah dan terus berubah ke jalan yg benar.. wlaupun sdikit demi sdikit ku jalani amanah mu.. insyaAllah aku akan mjdi seorg perempuan/anak perempuan yg solehah dgn hati terbuka dan tenang tanpa keraguan dan paksa.. :)

* ingat hidup kita bkannya lama.. esok lusa tulat.. silap2 Tuhan cabut nyawa kita.. so fikir la.. 

Siapakah Lelaki Yg Dibawa Perempuan Ke Neraka??


Empat Golongan Lelaki Yang Dibawa Wanita ke Neraka | Di akhirat, wanita akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel bicara agama ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul! Jika tidak, kaum wanita dari keluarga kamu akan menarik kamu masuk ke dalam api neraka yang panas mendidih.

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. Ayah sebagai pelindung utama anak perempuannya. Segala dosa besar atau kecil anak perempuannya akan ditanggung hinggalah anak perempuannya dinikahi oleh suami.

2. Suaminya
Suami bila dah berkahwin, sangat besar tanggungjawabnya. Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya di mana-mana. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka. Ini dipanggil dayus iaitu tidak marah atau cemburu apabila isterinya bergaul bebas dengan lelaki lain.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak. Maka, sebagai abang, korang wajib untuk membantu mempercepatkan pernikahan adik perempuan korang. Bantu mereka cari calon yang terbaik yang boleh membawanya ke syurga.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Memang fitrah wanita suka mengumpat. Kita sebagai anak wajib ingat memperingati antara satu sama lain.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

Selasa, 14 Mei 2013

Perjalanan Kita Selepas Di Hisab


Perihal Sirat Mustaqim.
Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1)   Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2)  Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3)  Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4)  Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5)  Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6)  Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7)  Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8)  Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9)  Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM
Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~  Banyakkan bersedekah

~  Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :

Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”


*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

p/s: ini bukan gambaran sebenar Neraka. tp ia hanyalah sekadar lakaran semata2. harap maklum.

Titian Siraq 5,000 tahun mendaki, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun curam. Nauzubillah.


Ahad, 28 April 2013

Ego VS Jual Mahal..

utk kaum adam sekalian..

syirah bukan nyer nak menyakitkan hati korang..
tapi.. soal perasaan mmg tak bleh dpaksa paksa..

ego vs jual mahal.
yes!! mmg syirah ego!! keras kepala.
bkan pilih kasih okeyh!
dan mmg syirah jual mahal!!

apa salah nya seorg ppuan jual mahal??
jual mahal itu perlu, kerana yg mahal itu INDAH..
hello.. ppuan bkan umpama membeli gula2 okeyh!
tak suka tak suka tak suka!!

pengakuan! syirah jenis tak suka tgok ppuan gedik!!
tgok jer lelaki hensem dah tjuk prangai..
nak minta phatian la tue..

ya Allah.. btambah dosa aku..
kalau aku kaum adam, baik tak payah pandang..

tak suka tgok lelaki duk mengatal..
tukar pasangan mcm anak patung..
BUAYA DARAT!
yg suka jd kutu malam..
alangkah elok nya prg masjid..
merokok??
tak suka hidu bau rokok..
mcm3 lagi la..

herm..
pasal jodoh??
syirah malas nak fikir..
syirah bukan kesuntukan okeyh..
single lagi okeyh..
tapi kta tcipta bpasangan..


perempuan
yang 'JUAL MAHAL' itu
lebih tinggi harga dirinya,
jika dibandingkan dengan perempuan
yang mudah di-tackle oleh lelaki

Sabtu, 27 April 2013

Saudari, Kamu Cantik Sekali... Tapi..


Saudari, kamu cantik sekali

Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Saudari, kamu cantik sekali

Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi. 


Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.

Menangislah Sahabatku.. Jika Hati Kamu Lembut

                                          
Sahabat..

Apa salahnya menangis, jika memang dengan menangis itu membuatkan manusia menjadi sedar. Sedar akan kelemahan-kelemahan diri, disaat tiada lagi yang sanggup menolong dari kesusahan selain Allah Swt. Kesedaran yang membawa kepada manfaat dunia dan akhirat.

Bukankah hati manusia tidak pernah stabil?

Selalu berbolak – balik menurut keadaan yang dilalui.

Apabila seseorang menghadapi kebahagiaan, maka hatinya akan gembira. Dan saat dilanda musibah, banyak orang yang berputus asa lalu berpaling dari kebenaran.

Sebahagian orang menganggap menangis itu adalah sesuatu yang hina, ia merupakan tanda lemahnya seseorang. Bangsa Yahudi selalu marah apabila anaknya menangis kerana dikatakan tidak akan mampu melawan musuh-musuhnya. Orang Jepun akan memarahi anaknya jika mereka menangis kerana dianggap tidak tabah menghadapi hidup. Menangis adalah sesuatu yang hanya dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai prinsip hidup.

Bagi seorang muslim yang mukmin, menangis merupakan sebuah kelembutan hati dan petanda kepekaan jiwanya terhadap peristiwa yang menimpa dirinya mahupun umatnya.

Rasulullah SAW menitiskan air matanya ketika anaknya Ibrahim, meninggal. Abu Bakar selalu digelarkan oleh anaknya Aisyah sebagai Rajulun Bakiy (Orang yang selalu menangis).

Beliau sentiasa menangis, dadanya bergolak semasa solat dibelakang Rasulullah SAW kerana mendengar ayat-ayat Allah. Abdullah bin Umar pada suatu ketika melewati sebuah rumah yang didalamnya ada seseorang sedang membaca Al Qur’an. Ketika sampai pada ayat: “Hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam” (QS. Al Muthaffifin: 6). Pada saat itu beliau diam, berdiri tegak dan merasakan dirinya seakan-akan sedang menghadap Tuhan, kemudian beliau menangis.

Lihatlah betapa Rasulullah SAW dan para sahabatnya benar-benar memahami dan merasakan getaran-getaran keimanan dalam jiwa mereka. Lembutnya hati mengantarkan mereka kepada darjat hamba Allah yang peka.

Bukankah diantara tujuh golongan manusia yang akan mendapatkan naungan pada hari dimana tiada naungan kecuali naungan Allah, adalah orang yang berdoa kepada Rabbnya dalam kesendirian sambil menitiskan air mata? Tentunya begitu sukar menitiskan air mata sewaktu berdoa jika hati seseorang itu tidak lembut.

Yang biasa dilakukan manusia dalam kesendirian adalah maksiat. Bahkan banyak manusia yang bermaksiat apabila bersedirian didalam bilik. Seorang mukmin sejati akan menangis dalam kesendirian dikala berdoa kepada Tuhannya. Sedar betapa beratnya tugas hidup yang harus dipikulnya di dunia ini.

Di zaman ketika manusia lalai dalam gemerlap dunia, seorang mukmin akan sentiasa menjaga diri dan hatinya. Menjaga kelembutan dan kepekaan jiwanya. Dia akan mudah menitiskan air mata demi melihat kehancuran umatnya. Kesedihannya begitu mendalam.

Kita tidak akan melihat seorang mukmin bersenang-senang dan bersuka ria ketika jirannya mengalami kesedihan, ditimpa berbagai ujian, cubaan, dan fitnah. Mukmin yang sebenar akan dengan bersedia membantu meringankan segala beban saudaranya. Ketika seorang mukmin tidak mampu menolong dengan tenaga ataupun harta, dia akan berdoa memohon kepada Tuhan semesta alam.

Menangis merupakan sebuah bentuk pengakuan terhadap kebenaran. “Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri) seraya berkata: “Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur’an dan kenabian Muhammad)”. (QS. Al Maidah: 83).

Ja’far bin Abdul Muthalib membacakan surat Maryam ayat ke-16 hingga 22 kepada seorang raja Nasrani yang bijak. Mendengar ayat-ayat Allah dibacakan, bercucuranlah air mata raja Habsyah itu. Dia mengakui benarnya kisah Maryam dalam ayat tersebut, dia telah mengenal kebenaran itu dan hatinya yang lembut menyebabkan matanya sembab kemudian menangis. Raja yang rindu akan kebenaran benar-benar merasakannya.

Orang yang keras hatinya, akan sulit menangis apabila dibacakan ayat-ayat Allah. Bahkan ketika datang teguran dari Allah sekalipun, dia akan tertawa atau malah berpaling dari kebenaran. Sehebat manapun bentuk penghormatan seorang tokoh munafik Abdullah bin Ubay bin Salul kepada Rasulullah Saw, sedikit pun tidak berpengaruh pada hatinya. Dia tidak peduli ketika Allah Swt mengecam keadaan mereka di akhirat nanti, “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan neraka yang paling bawah. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapatkan seorang penolongpun bagi mereka”. (QS. An Nisa’: 145)

Barangkali di antara kita yang belum pernah menangis, maka menangislah disaat membaca Al Qur’an, menangislah ketika berdoa di sepertiga malam terakhir, menangislah kerana melihat keadaan umat yang hancur, atau tangisilah dirimu kerana tidak dapat menangis ketika mendengar ayat-ayat Allah.


Semoga dapat melembutkan hati kita. Ingatlah hari ketika manusia banyak menangis dan sedikit tertawa kerana dosa-dosa yang dibuatnya selama di dunia. “Maka mereka sedikit tertawa dan banyak menangis, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan”. (QS At Taubah: 82). 

Jadi apa salahnya menangis, sahabat hati?

2013

assalamualaikum..

lama dah tak up date blog nie.. :( 
paling last 14.12.12.
sbab syirah sibuk..
tiap2 hari tido lewat malam..
tapi syirah tetap senyum..
dugaan seorg pelajar..
sabar harungi cabaran dan jgn mudah putus asa!!

okeyh! tahun nie ada pkembangan ckit..
so syirah nak crita ckit pengalaman januari hingga april nie..
ckit jer tau.. kalau tak nanti panjang lebar..
syirah up date yg syirah ingat jer.. :)
minggu hadapan syirah ada axem. blalalala.. tamat suda semester 4. 
tinggal 1 semester lagi..
tak sabar nih!

oh ya.. 
pkembangan sblum nie adalah..

bulan 1 hari tue syirah, ct dilla, mariyam, athirah dan hasanah mjadi wakil kump 2 utk school of science utk ptandingan nasyid..
ya'Allah.. you all tau tak kta org pun nasyid berserabut. hahaha. klakar tau. 
kalau ada peluang syirah up date video tu..
tu laa balasan suka buat latihan last minit.. 
tapi kump 1 yg terdiri daripada emma, lydia, fatimah, erica dan tak tau la nama sorg lagi tu..
dia org dpt tempat ketiga.. tahniah!!
* erica dulu bukan islam.. tapi dia adalah sahabat baru kita.. syukur.. dia mmeluk islam dah hampir 6 bulan lebih kot.. nama baru dia.. syirah tak ingat.. ;p *
lepas tu kan lelaki dpt tempat pertama dalam ptandingan mbawa spanduk.. hoooraayyy!!

pada 19-21.04.13 kta org yg ambil subjek pengajian islam ada buat kemping..
nak tau dkat mana??
huaahahahah..
dkat kolej jer..
syukur Alhamdulillah.. bjalan dgn lancar..
seronok.. asyik makan jer keja..

erm.. kisah mentor baru kami yg garang dan pilih kasih tue??
Alhamdulillah..
dia dah layan kami org dgn baik..
dia dah pandai bergurau terutamanya dkat syirah dan fifi..
dia anti kami berdua..
hahahahha.
miss semakin comel!!

tak sabar nak tunggu 19.06.13
rasa nak melompat2..
nak tahu??
tunggu dan lihat..
hari itu akan mjadi hari yg mgembirakan dan penuh bmakna..

dahdahdah.. stakat nie jer..
wassalam.. :)