
Skizofrenia adalah salah satu penyakit otak dan mental yang
serius. Perkataan skizofrenia atau schizophrenia hanya kerap digunakan oleh
para doktor. Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang
digunakan. Orang ramai biasanya menggunakan perkataan seperti “orang gila” ,
“orang sakit mental” atau "psycho" terhadap pesakit skizofrenia. Namun
penggunaan perkataan “gila” dan “sakit” ini adalah kadang-kadang disalah-
ertikan kerana penyakit mental sebenarnya ada bermacam jenis dan tidak semuanya
adalah skizofrenia.
TANDA-TANDA POSITIF:
Psikosis adalah simptom penting skizofrenia. Pesakit yang
mendapat psikosis boleh mengalami delusi (delusion) atau halusinasi
(hallucination). Delusi adalah kepercayaan karut yang dipercayai dengan sangat
kukuh oleh pesakit walaupun di pertikaikan atau diragui oleh orang lain.
Kepercayaan karut ini tidak sejajar dengan budaya, agama, masyarakat , keadaan
sosial sekeliling dan ilmu pengetahuan yang ada pada pesakit. Terdapat banyak
jenis delusi. Contohnya:
- Delusi paranoid (paranoid or persecutory delusion): Mempercayai bahawa terdapat orang lain, kumpulan atau organisasi yang cuba untuk menganiaya , mencederakan, mendatangkan kemudaratan atau membunuh pesakit tersebut. Contohnya; percaya bahawa orang gaji telah memasukkan racun ke dalam makanan atau percaya bahawa majikan dan orang atas memasang perangkap untuk menjatuhkan maruah pesakit dan mengancam kedudukan jawatan pesakit .
- Delusi kawalan ( delusion of control): Mempercayai bahawa perbuatan , kemahuan dan perasaan menjadi pasif dan hanya dikawal oleh kuasa dari luar tanpa kehendak diri sendiri. Contohnya; tangan pesakit menumbuk seseorang kerana di paksa oleh kuasa lain tanpa kawalan dan kehendak dirinya sendiri, merasai makhluk telah masuk ke dalam badan dan memaksa membunuh anak.
- Delusi pelik (bizarre delusion): Mempercayai dengan kukuh sesuatu yang pelik. Contohnya; percaya bahawa malaikat telah datang menyerang bumi dan syaitan akan datang menyerang pula bumi setelah kematian jin.
- Delusi grandiose (grandiose delusion): Mempercayai bahawa dirinya mempunyai kelebihan tersendiri yang melampaui orang lain di dunia ini. Contohnya; percaya bahawa dirinya adalah nabi yang turun untuk menyelamatkan dunia ini, percaya bahawa dirinya boleh berkomunikasi dengan tuhan, percaya bahawa dirinya boleh mencipta kenderaan untuk sampai ke bulan dengan sekelip mata, percaya bahawa dirinya raja memerintah dan banyak lagi.
- Delusi nihilistik (nihilistic delusion): Mempercayai bahawa diri sendiri atau sebahagian daripada tubuh badan sudah tidak wujud lagi atau mempercayai bahawa dunia sudah tidak wujud lagi. Contohnya percaya bahawa darah tidak mengalir lagi dalam tubuhnya.
- Delusi merujuk (delusion of reference): Mempercayai bahawa orang lain di sekeliling bercakap mengenai dirinya. Contonya; percaya bahawa jiran bersembang mengenai dirinya, percaya bahawa televisyen menyiarkan cerita mengenainya.
Halusinasi pendengaran(auditory hallucination): pesakit
mendengar suara-suara atau bunyi walaupun orang lain tidak dapat mendengar.
- Second person auditory hallucination berlaku apabila pesakit mendengar suara ghaib yang bercakap dengan mereka dan biasanya menyuruh pesakit melkukan sesuatu. Contohnya; pesakit dengar “ awak bunuh sahaja budak itu kerana ia dajal’, “awak bodoh”.
- Third person auditory hallucination berlaku apabila pesakit mendengar banyak suara yang bersembang di antara mereka mengenai pesakit. Contohnya; pesakit dengar jin bercakap dengan hantu “ dia itu (pesakit) memang tidak berguna langsung”.
- Running commentary berlaku apabila pesakit mendengar suara yang terus mengkritik setiap perbuatanya, contohnya; “ dia sedang makan , dia bangun darin kerusi , terus lari”.
- Thought echo berlaku apabila pesakit mendengar otaknya
sendiri bercakap dengan kuat apabila berfikir.
Halusinasi penglihatan (visual hallucination) : berlaku
apabila pesakit dapat melihat sesuatu dengan jelas tanpa dapat dilihat oleh
orang lain, contohnya, pesakit dapat melihat malaikat datang menghampiri
mereka. Ini perlu dibezakan dengan illusi di mana stimuls telah
dikesan oleh pesakit tetapi diinterprestasi secara salah oleh otak, contohnya
pesakit melihat ular berlingkar tetapi sebenarnya adalah ikatan tali.
Terdapat juga halusinasi lain seperti halusinasi
somatik atau halusinasi taktil di mana pesakit merasa seperti terdapat
sesuatu bergerak atau merasa kesakitan pada badan, halusinasi bau di mana
pesakit dapat menghidu sesuatu tanpa orang lain dapat menghidunya dan halusinasi
rasa.
Di antara tingkahlaku pelik yang dilakukan oleh pesakit
skizofrenia adalah:
- Mannerism : Perbuatan pelik yang dilakukan oleh pesakit seolah-olah mempunyai satu tujuan. contohnya, menepuk-nepuk tangan, bersalaman secara tiba-tiba.
- Streotypy: Perbuatan pelik berulangan yang dilakukan oleh pesakit tanpa tujuan contohnya menggoyang-goyangkan tangan tanpa tujuan , melambai - lambai dll.
- Catatonia: (Catatonic rigidity) mengeraskan badan dengan sengaja dan tidak membenarkan orang lain menggerakkan badan, ( catatonic stupor) pergerakan badan yang terlalu perlahan seolah-olah tidak berinteraksi dengan rangsangan luar, (catatonic posture) postur badan yang pelik dan pesakit dapat bertahan dengan lama dalam postur tersebut, ( waxy flexibilty) postur badan pesakit yang dapat dibentuk oleh orang lain dan pesakit bertahan dengan postur itu dalam jangkamasa yang lama.
- Psychomotor Agitation: terlalu banyak pergerakan kerana keresahan jiwa dan pergerakan tidak produktif tanpa tujuan.
- Echopraxia: mengikut perbuatan orang lain.
TANDA-TANDA NEGATIF:
tanda-tanda negatif skizofrenia biasanya
melibatkan fungsi dan aktiviti pesakit terjejas. Mereka yang mempunyai tanda
ini bersikap malas,tidak mahu bercakap, tiada motivasi, tidak mahu bergerak
atau membuat kerja dan seolah-olah tidak mempunyai perasaan.:- Alogia (a-LO-jee-a)
and poverty of speech:
bercakap dengan sedikit , pertuturan tidak mempunyai isi dan perkara penting ,
dan mengambil masa yang lama menyambung perkataan dan ayat yang dipertuturkan
seolah-olah pertuturan terhalang .
- Flattening or blunting of affect: Terlalu kurang ekspressi muka. Mereka tidak senyum ketika gembira atau mengerutkan dahi ketika sedih. Mereka tiada hubungan emosi dengan orang yang bercakap dengannya, seolah-olah anda bercakap dengan robot.
- Avolition and anhedonia: Hilang minat dan tenaga untuk melakukan perkara yang biasa mereka lakukan.
GANGGUAN EMOSI:
Pesakit skizofrenia juga boleh mendapat kemurungan (RUJUK
KEMURUNGAN) dan episod mania ( RUJUK BIPOLAR DISOERDER), Maka
sejarah penyakit perlulah tepat untuk mendapat diagnosis yang tepat kerana
rawatan yang tepat perlu diberikan.
Emosi pesakit skizofrenia juga boleh bercelaru dan tidak
sejajar dengan apa yang mereka fikirkan ( the affect is not congruent to the
thought) . Contohnya: Fikiran pesakit penuh dengan kesedihan tetapi beliau
menyanyi kegembiraan. Kadar bunuh diri pesakit skizofrenia adalah tinggi (10%).
Ia boleh berlaku kerana mereka mempunyai kemurungan melampau dan psikosis yang
menyuruh mereka membunuh diri.
GANGGUAN KOGNITIF:
Pesakit skizofrenia boleh mendapat gangguan kognitif
yang menyebabkan mereka mempunyai IQ yang lebih rendah. Mereka tidak dapat
membuat keputusan dengan baik, kurang penumpuan danmemori yang kurang baik.
GANGGUAN LAIN:
Pesakit skizofrenia dikaitkan juga dengan tingkah laku
agresif. Tetapi perlu diingat pesakit skizofrenia bukanlah lebih merbahaya
daripada orang normal. Kadar jenayah keganasan dilakukan oleh mereka yang
mengidap ketagihan alkoho atau dadah, masalah personaliti dan mereka yang tidak
mempunyai sakit mental berbanding kadar jenayah yang dilakukan oleh pesakit
skizofrenia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan