Rabu, 17 Oktober 2012

Warna-Warni Kehidupan

colourful cloud...

colourful petal...

colourful lace...

colourful fish...

colourful jelly...

colourful pencils...

colourful wing...

colourful star...

colouful ballon...

colourful butterfly...

colourful leaf...

colourful paper...

colourful rainbow...

* agaknya mcm nama yer kehidupan kita jika tidak dipenuhi warna2 ini...?? *

Cantik Di Hati


belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN,
belajarlah IKHLAS walau TAK RELA,
belajarlah TAAT walau BERAT,
belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI,
belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN,
belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA,
belajarlah MENGASIHI walau anda DISAKITI,
belajarlah TENANG walau anda sedang GELISAH,
belajarlah PERCAYA walau SUSAH...
percaya bahawa Allah S.W.T masih sanggup menolongmu...

Selasa, 16 Oktober 2012

1 Liter of Tears

Hari ini nak kongsi satu drama Jepun dkt korang semua. Kalau tgk mesti sedih. Boleh banjir satu rumah. Tajuk nya adalah '1 LITER OF TEARS'.  Sumpah sedih glerr....


1 Liter of Tears adalah sebuah drama televisyen Jepun ttg seorg gadis yang telah didiagnosis dgn penyakit yg tdk boleh diubati. Tetapi mampu utk meneruskan hidupnya sehingga kematiannya pada usia 25 thn. Aya Ikeuchi pada 15 thn telah didiagnosis dgn kegagalan spinocerebellar, penyakit kerosakan fungsi neuron motor manusia akhirnya membuat mereka menjadi lumpuh. Dia pergi ke sekolah Higashikou, tetapi disebabkan penyakit beliau tdk boleh membuat ia utk mendpt ijazah dan telah dipindahkan ke sekolah khas utk org kurang upaya. Beliau adalah seorang gadis yang kuat dan tdk pernah terfikir dia akan mati. Setiap hari beliau menulis diari memberitahu ttg kehidupan keluarga dan kawan-kawannya. 

Kiri: otak penderita spinocerebellar degeneration (pemecutan otak belakang yang menyebabkan penderitanya lumpuh perlahan-lahan). Kanan: otak normal.

Filem ini benar-benar sgt sedih. “One Liter of Tears” bukan hanya tajuknya, bahkan yang menyaksinya pun boleh menitis 1 liter air mata kerana dramanya.

“Live on, Aya…”

Kata-kata itu sgt menyentuh hati..
Aya sangat tabah menghadapi penyakitnya. Beliau masih ceria  dan bertahan hidup semampunya. Walaupun sering menghadapi pandangan yang tdk enak oleh masyarakat. Keluarga beliau adalah keluarga yang hebat, selalu ada untuk Aya sampai akhir hayat. Terutamanya ibu beliau selalu ada dan menyokong dgn kata-kata semangat. Adiknya yang pertama, Ako pun membuat saya terharu, benar-benar seorg adik yg sangat hebat dan selalu bangga kpd kakaknya.

Kitou Aya, penderita spinocerebellar degeneration.

Filem ini diambil dari kisah nyata seorg gadis bernama Aya Kitou (July 19, 1962 – May 23, 1988). Kisah aslinya mungkin terlalu berbeza drpd filmnya. Aya diketahui menghidap spinocerebellar degeneration sewaktu berusia 15 thn, berjuang melawan penyakit itu hingga akhirnya meninggal pada usia 25 thn.

Rabu, 3 Oktober 2012

Kau, Kawan, Sahabat & Teman

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh anak liku

Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahan mu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Angannya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua bernua
Saling mengejar cita
Tak pernah ku lupakan

Ku pasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah

Detik yang indah bersamamu temanku
Untuk kenangan bersama






Mawar Oh Mawar..

mawar oh mawar.. bunga mawar mempunyai pelbagai warna.. setiap warna mempunyai maksud tersendiri.. 

JENIS-JENIS MAWAR:

Mawar merah...

mawar merah cukup sinonim  dengan keberanian dan panas baran.. tapi apabila warna merah itu diberikan kepada sekumtum bunga maka ia akan membawa makna cinta dan sayang, keindahan, rasa hormat, romantik dan sebagai pujian...

Mawar putih...

mawar putih pula sinonim dengan kesucian dan kebersihan. ia juga turut diterjemahkan pada erti warna ini pada sekuntum bunga.. putih sebagai lambang cinta sejati, kemurnian hati dan keagungan. marwa putih juga mencerminkan persahabatan sejati...

Mawar pink...

mawar pink selalunya dikaitkan dengan wanita yang mana wanita memandang kelembutan pada warna ini. pink melambangkan kebahagiaan, penghormatan dan tentunya pujian. warna ini paling tepat untuk mengungkapkan perasaan suka pada seseorang. warna ini juga mampu mengambarkan perasaan berterima kasih dan syukur..

Mawar kuning...

mawar kuning merupakan warna keceriaan dan keunikan. warna kuning melambangkan persahabatan, kekeluargaan dan kegembiraan. warna kuning juga memberi erti kebebasan...

Mawar biru...

mawar biru warna ketenangan. warna biru mengekspresikan perasaan yang tidak mudah dikatakan. marwa biru diertikan sebagai imaginasi, misteri dan tidak dapat disentuh. mawar biru juga mengambarkan kebekuan kerana biru adalah sesuatu yang benar-benar dalam. "mawar biru melambangkan kesungguhan atas perasaan kerana pengolahan genetik yang menjadikan warna biru memiliki kelebihan dari semua mawar. mawar biru secara tradisional diciptakan dengan mematikan mawar putih dan menahan pigmen delphinidin, sehingga hanya ada pigmen utama menghasilkan warna biru sahaja"...

Mawar hijau...

mawar hijau selalu dikaitkan dengan kesegaran kerana warna ini merupakan warna alam. hijau adalah warna harmoni, kesejahteraan dan kesuburan. mawar hijau membawa maksud perdamaian...

Mawar ungu...

mawar ungu melambang keindahan unik dari warna lavender ini melambangkan simbol kesempurnaan, persona dan keaguman. mawar ungu digunakan untuk mengekspresikan perasaan cinta pandang pertama...

Selasa, 2 Oktober 2012

Baik? Jujur? Layak Ke Anda Dapat Semua Tu???


buang terbiat ke ape?
soalan terbaik...
buat baik tapi di salah guna?
apa beza aku dengan korg?
aku suka bergaul dengan orang
tapi orang suka ambik kesempatan
aku ni bendul ke?
seronok ke main2 kan orang lain?
dear.....
kawan pon ada undang2 dia...
lagi2 kalau org yg kau sayang
ni manusia juga
tapi buat aku macam bantal buruk..
nak tdo cari...
tak nak lantak kau la

aku je ke
yg berfikiran macam ni?
bajet diri baik la?
nak nasihatkan orang konon...
tapi aku bukan pelakon...
aku nak hidup
dalam dunia manusia ni
secara saksama
bukan untuk main2.
tapi
kenapa...
kenapa orang aku kenal
buat aku macam selipar jepun?
yup... bukan semua..
tapi sorang dua pon dah cukup
menyusahkan hati aku
ari2 aku dok kecewa/menanggis
ngenang korg..

apalah yg korang nak dari aku?
aku bukan cantik mana pon
aku tak kaya
cerdik tu taklah sgt
kalau tak
takkan orang bodoh2kan aku?
tapi kadang2 org kata aku bodoh
org gunakan demi kebaikan mereka
sebab
sebab aku baik ker
hahhahah...
bodoh ke?
tak kot,
tapi aku xpuas hati beb
aku xkacau orang, tapi orang main2 kan aku
aku sayang org aku kenal
tapi... entah la...
aku pon xtahu ape yg aku merapu
tapi aku bengang
"kesian"
"aku xsetaraf dengan kau"
apa yg aku taip nie??
dah la.. lagi panjang aku tulis
lagi aku merapu
ape2 pon...
aku juga manusia ada perasaan
jgnlah buat sahabat korg mcm tue…

Bayar Dan Percuma...

manusia sering mengatakan kehidupan di dunia ini memerlukan wang untuk perbelanjaan seharian... yelah masuk tandas pun bayar 20sen.. ada juga manusia mengatakan dalam dunia ini mana ada percuma.. kalau aku dengar org cakap mcm nie.. aku ketok kepala dia orang. yelah takda otak ke apa!!! pandai2 cakap dunia nie takda percuma.. ADALAH.. korang yang tak terfikir.. cuma korang fikir betul2.. Allah dah bagi kita udara, oksigen, gunung-ganang, air,  tanah, tumbuh2an, cahaya matahari, bulan, bintang, nyawa korang dll. kalau dunia nie takda percuma.. berapa nyawa korang setiap minit?? so kita patut bersyukur apa yang ada dan pandai2lah berjimat cemat menggunakan wang tue.. pandai2lah menabung yer.. fikir-fikirkan lah wahai anda semua...

Isnin, 1 Oktober 2012

Skizofrenia?? Sakit Mental???


Skizofrenia adalah salah satu penyakit otak dan mental yang serius. Perkataan skizofrenia atau schizophrenia hanya kerap digunakan oleh para doktor. Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang digunakan. Orang ramai biasanya menggunakan perkataan seperti “orang gila” , “orang sakit mental” atau "psycho" terhadap pesakit skizofrenia. Namun penggunaan perkataan “gila” dan “sakit” ini adalah kadang-kadang disalah- ertikan kerana penyakit mental sebenarnya ada bermacam jenis dan tidak semuanya adalah skizofrenia.

TANDA-TANDA POSITIF:
Psikosis adalah simptom penting skizofrenia. Pesakit yang mendapat psikosis boleh mengalami delusi (delusion) atau halusinasi (hallucination). Delusi adalah kepercayaan karut yang dipercayai dengan sangat kukuh oleh pesakit walaupun di pertikaikan atau diragui oleh orang lain. Kepercayaan karut ini tidak sejajar dengan budaya, agama, masyarakat , keadaan sosial sekeliling dan ilmu pengetahuan yang ada pada pesakit. Terdapat banyak jenis delusi. Contohnya:
  • Delusi paranoid (paranoid or persecutory delusion): Mempercayai bahawa terdapat orang lain, kumpulan atau organisasi yang cuba untuk menganiaya , mencederakan, mendatangkan kemudaratan atau membunuh pesakit tersebut. Contohnya; percaya bahawa orang gaji telah memasukkan racun ke dalam makanan atau percaya bahawa majikan dan orang atas memasang perangkap untuk menjatuhkan maruah pesakit dan mengancam kedudukan jawatan pesakit .
  • Delusi kawalan ( delusion of control): Mempercayai bahawa perbuatan , kemahuan dan perasaan menjadi pasif dan hanya dikawal oleh kuasa dari luar tanpa kehendak diri sendiri. Contohnya; tangan pesakit menumbuk seseorang kerana di paksa oleh kuasa lain tanpa kawalan dan kehendak dirinya sendiri, merasai makhluk telah masuk ke dalam badan dan memaksa membunuh anak.
  • Delusi pelik (bizarre delusion): Mempercayai dengan kukuh sesuatu yang pelik. Contohnya; percaya bahawa malaikat telah datang menyerang bumi dan syaitan akan datang menyerang pula bumi setelah kematian  jin.
  • Delusi grandiose (grandiose delusion): Mempercayai bahawa dirinya mempunyai kelebihan tersendiri yang melampaui orang lain di dunia ini. Contohnya; percaya bahawa dirinya adalah nabi yang turun untuk menyelamatkan dunia ini, percaya bahawa dirinya boleh berkomunikasi dengan tuhan, percaya bahawa dirinya boleh mencipta kenderaan untuk sampai ke bulan dengan sekelip mata, percaya bahawa dirinya raja memerintah dan banyak lagi.
  • Delusi nihilistik (nihilistic delusion): Mempercayai bahawa diri sendiri atau sebahagian daripada tubuh badan sudah tidak wujud lagi atau mempercayai bahawa dunia sudah tidak wujud lagi. Contohnya percaya bahawa darah tidak mengalir lagi dalam tubuhnya.
  • Delusi merujuk (delusion of reference): Mempercayai bahawa orang lain di sekeliling bercakap mengenai dirinya. Contonya; percaya bahawa  jiran bersembang mengenai dirinya, percaya bahawa televisyen menyiarkan cerita mengenainya.
Halusinasi pendengaran(auditory hallucination): pesakit mendengar suara-suara atau bunyi walaupun orang lain tidak dapat mendengar.
  • Second person auditory hallucination berlaku apabila pesakit mendengar suara ghaib yang bercakap dengan mereka dan biasanya menyuruh pesakit melkukan sesuatu. Contohnya; pesakit dengar “ awak bunuh sahaja budak itu kerana ia dajal’, “awak bodoh”.
  • Third person auditory hallucination berlaku apabila pesakit mendengar banyak suara yang bersembang di antara mereka mengenai pesakit. Contohnya; pesakit dengar jin bercakap dengan hantu “ dia itu (pesakit) memang tidak berguna langsung”.
  • Running commentary berlaku apabila pesakit mendengar suara yang terus mengkritik setiap perbuatanya, contohnya; “ dia sedang makan , dia bangun darin kerusi , terus lari”.
  • Thought echo berlaku apabila pesakit mendengar otaknya sendiri bercakap dengan kuat apabila berfikir.
Halusinasi penglihatan (visual hallucination) : berlaku apabila pesakit dapat melihat sesuatu dengan jelas tanpa dapat dilihat oleh orang lain, contohnya, pesakit dapat melihat malaikat datang menghampiri mereka. Ini perlu dibezakan dengan illusi di mana stimuls telah dikesan oleh pesakit tetapi diinterprestasi secara salah oleh otak, contohnya pesakit melihat ular berlingkar tetapi sebenarnya adalah ikatan tali.

Terdapat juga halusinasi lain seperti halusinasi somatik atau halusinasi taktil di mana pesakit merasa seperti terdapat sesuatu bergerak atau merasa kesakitan pada badan, halusinasi bau di mana pesakit dapat menghidu sesuatu tanpa orang lain dapat menghidunya dan halusinasi rasa.

Di antara tingkahlaku pelik yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia adalah:
  • Mannerism : Perbuatan pelik yang dilakukan oleh pesakit seolah-olah mempunyai satu tujuan. contohnya, menepuk-nepuk tangan, bersalaman secara tiba-tiba.
  • Streotypy: Perbuatan pelik berulangan yang dilakukan oleh pesakit tanpa tujuan contohnya menggoyang-goyangkan tangan tanpa tujuan , melambai - lambai dll.
  • Catatonia: (Catatonic rigidity) mengeraskan badan dengan sengaja dan tidak membenarkan orang lain menggerakkan badan, ( catatonic stupor) pergerakan badan yang terlalu perlahan seolah-olah tidak berinteraksi dengan rangsangan luar, (catatonic posture) postur badan yang pelik dan pesakit dapat bertahan dengan lama dalam postur tersebut, ( waxy flexibilty) postur badan pesakit yang dapat dibentuk oleh orang lain dan pesakit bertahan dengan postur itu dalam jangkamasa yang lama.
  • Psychomotor Agitation: terlalu banyak pergerakan kerana keresahan jiwa dan pergerakan tidak produktif tanpa tujuan.
  • Echopraxia: mengikut perbuatan orang lain.
TANDA-TANDA NEGATIF:
tanda-tanda negatif skizofrenia biasanya melibatkan fungsi dan aktiviti pesakit terjejas. Mereka yang mempunyai tanda ini bersikap malas,tidak mahu bercakap, tiada motivasi, tidak mahu bergerak atau membuat kerja dan seolah-olah tidak mempunyai perasaan.:
  • Alogia (a-LO-jee-a) and poverty of speech: bercakap dengan sedikit , pertuturan tidak mempunyai isi dan perkara penting , dan mengambil masa yang lama menyambung perkataan dan ayat yang dipertuturkan seolah-olah pertuturan terhalang .
  • Flattening or blunting of affect: Terlalu kurang ekspressi muka. Mereka tidak senyum ketika gembira atau mengerutkan dahi ketika sedih. Mereka tiada hubungan emosi dengan orang yang bercakap dengannya, seolah-olah anda bercakap dengan robot.
  • Avolition and anhedonia: Hilang minat dan tenaga untuk melakukan perkara yang biasa mereka lakukan.
GANGGUAN EMOSI:
Pesakit skizofrenia juga boleh mendapat kemurungan (RUJUK KEMURUNGAN) dan episod mania ( RUJUK BIPOLAR DISOERDER), Maka sejarah penyakit perlulah tepat untuk mendapat diagnosis yang tepat kerana rawatan yang tepat perlu diberikan.

Emosi pesakit skizofrenia juga boleh bercelaru dan tidak sejajar dengan apa yang mereka fikirkan ( the affect is not congruent to the thought) . Contohnya: Fikiran pesakit penuh dengan kesedihan tetapi beliau menyanyi kegembiraan. Kadar bunuh diri pesakit skizofrenia adalah tinggi (10%). Ia boleh berlaku kerana mereka mempunyai kemurungan melampau dan psikosis yang menyuruh mereka membunuh diri.

GANGGUAN KOGNITIF:
Pesakit skizofrenia boleh mendapat gangguan kognitif yang menyebabkan mereka mempunyai IQ yang lebih rendah. Mereka tidak dapat membuat keputusan dengan baik, kurang penumpuan danmemori yang kurang baik.

GANGGUAN LAIN:
Pesakit skizofrenia dikaitkan juga dengan tingkah laku agresif. Tetapi perlu diingat pesakit skizofrenia bukanlah lebih merbahaya daripada orang normal. Kadar jenayah keganasan dilakukan oleh mereka yang mengidap ketagihan alkoho atau dadah, masalah personaliti dan mereka yang tidak mempunyai sakit mental berbanding kadar jenayah yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia.