☹
Kekasih lari?
☹ Ditinggalkan anak isteri?
☹ Kematian orang tersayang?
☹ Gagal peperiksaan?
☹ Tak dapat apa yang diharapkan?
☹ Sentiasa gagal dalam kehidupan?
☹ Tak ada sumber kewangan?
☹ Bebanan hutang?
☹ Sibuk sangat dengan pelbagai bebanan?
Ada lagi alasan lain? Okay. Senaraikan berapa banyak alasan
anda untuk sentiasa bersedih setiap hari.
Jika anda berjaya berkarya sebegitu banyak alasan,
saya respek (atau kata orang melayu, kagum) dengan anda kerana anda
memang juara memberikan alasan. Tepuk tangan gemuruh dengan kejuaraan anda pada
hari ini!
Hari ini, tidak mahu sedih-sedih lagi. Daku mahu semua rasa
gembira dan sukacita walaupun untuk waktu yang sementara (memanglah, dunia kan
sementara. Kalau berterusan, terlupa ada nikmat untuk berterusan gembira di
sana. Huhuhu…).
Okay. Ikut kata daku hari ini. Tak lama! 5-10 minit sahaja.
Insya-Allah.
Pertama, pejamkan mata anda. Oopppss… nanti dulu. Baca dulu
Bismillahirrah manirrahim….
Okay. Sekarang perlahan-lahan rehatkan minda, lapangkan
fikiran dan hati dari segala alasan anda.
Jika belum pejam lagi, pejamkan mata anda (sekarang juga!
Jangan degil!). Tarik nafas perlahan-lahan, dan hayatilah nafas yang ditarik
dan dilepaskan secara perlahan-lahan.
Sekarang, mulakan imaginasi keindahan anda. Perkara yang
menggembirakan dan mengembalikan semangat kehidupan dalam hidup anda.
Lihat, hayati ia dan rasailah ia seperti berlaku di hadapan
mata anda. Seperti dalam genggaman nada. Bersama-sama dengan anda dan orang
yang anda rasakan membawa kegembiraan untuk anda.
Rasailah kegembiraan itu sehingga anda merasai kepuasannya.
Okay. Sekarang buka mata anda dengan sebuah senyuman.
Senyuman yang lahir dari hati rasa puas, indah, dan menggembirakan. Nak senyum
sendiri-sendiri boleh, dekat orang lain pun boleh. Lemparkanlah senyuman itu
berterusan kerana anda memang layak untuk menghasilkan sebuah senyuman yang
menggembirakan!
Apabila ada yang bertanya, katakan sahaja,
“Hebat, Alhamdulillah!”
Jangan teragak-agak! Teruskan sehingga anda merasai
kepuasan. Dan, rasailah kegembiraan yang pernah atau harapkan dalam hidup anda
bersama anda berterusan.
p/s: sungguh, kadang-kadang kegembiraan yang dibayangkan
mungkin sudah pergi. Tetapi, jangan bimbang! Kegembiraan itu tetap kembali,
hanya anda tidak menyedari.
Bukankah selepas teriknya mentari, ada titisan embun dan
hujan? Bukankah selepas rintisan hujan, ada sinar pelangi di pandangan?
KETAHUILAH….
Kenapa perlu bersedih?
Allah s.w.t tidak suka hamba-hambaNya bersedih. Dia sentiasa
memberikan peringatan dan semangat bahawa setiap kesusahan ada kemudahan.
Setiap bebanan mengikut kemampuan hamba-hambaNya.
Allah sentiasa memberikan kata semangat dan pendorong kepada
hamba-hambaNya yang ditimpa ujian dan kesusahan. Dia memberikan kekuatan agar
hambaNya tidak rasa kehilangan dan hanya berseorangan.
Rasulullah sendiri tidak mahu umatnya bersedih. Apabila
Rasulullah bersedih hati, Allah sentiasa menghampiri. Malaikat, isteri, dan
para sahabat sentiasa ada di sekeliling nabi. Hatta, Rasulullah yang sentiasa
memberikan peringatan akan hari yang terkemudian, tidak sesekali meminta
umatnya menghindarkan segala pekerjaan, makan,minum, segala urusan diri dan
fitrah setiap insan hanya semata-mata untuk hari kemudian. Kerana, manusia
tetap manusia, ada fitrah dan perasaan. Inilah hebatnya manusia sekiranya benar
di atas landasan-Nya.
Tetapi,
Janganlah kerana anda tidak bersedih, anda tidak mengetahui
apakah itu tangisan. Menangislah, kerana ia adalah suatu rawatan hati dan
menghilangkan tekanan dalam diri.
Tangisan bukanlah hanya untuk kesedihan. Banyak lagi
tangisan yang mendatangkan pelbagai persoalan dan jawapan. Malah, tangisan jua
yang menyelamatkan anda dari azabNya di sana.
Ada orang menangis kerana sakit.
Ada orang menangis kerana gembira.
Ada orang menangis kerana takut kepada
Tuhan.
Ada orang menangis kerana suatu kerinduan.
Ada orang menangis kerana suatu pengharapan
kepada Allah s.w.t.
Berhentilah berfikir untuk lemah diri. Mari, terus mengorak
langkah maju untuk mencari kegembiraan dan redha Ilahi.
Bagaimana hari ini?
Kenapa masih bersedih?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan