Jumaat, 28 September 2012

Nak Senyum Sampai Ke Telinga Lah.. :)

SAya nAk SenyuM JErr. XmoW Ckp papeww hik3. . .

hahh!! mcm nie lah wajah aku keluar dwan peperiksaan pukul 5 ptg tadi.. sbab keenam-enam paper dah habis.. yahhoo!! cuti!! so kita enjoy.. opss!! enjoy tue taklah enjoy sangat.. gembira pun taklah sampai 100%.. sbab blum tentu result cantik.. bulan Nov nanti lah penentuan untuk semester seterusnya dan tgok result sendiri... dupdapdupdap jantung ku.. so buat sahabatku, selamat bercuti.. kesihatan kena jaga dan jgn nak tambah2 cuti plak nanti sampai tertinggal kuliah dan amali pada minggu pertama.. alasan cakap tiket tak ada.. hhehehe.. harap2 pointer kita org menaik.. Amiinnnn...

Ahad, 23 September 2012

Semangat Cuti?? Belum Lagi.. :(


...السلام عليکم

(:  سلامت مالم سموا

malam nie kita lambat ckit nak tido.. sbab mata tak mengantuk.. hahahha herm, mentang2 esok tak ada kuliah... so dapat la bangun lewat sikit.. ewh2!! tak boleh mcm tue sangat.. sbab minggu nie last utk axem final.. huh!! 4 paper lagi tinggal.. smua mencabar.. biokimia I, mikrobiologi III (klinikal tau.. paper nie tak boleh gagal dan cukup2 makan.. kalau tak susah mau pergi praktikal.. ) imunohematologi klinikal I, dan diagnosttik hematologi II.. dahla 1 hari 2 paper.. hari pun berturut-turut khamis dan jumaat. huhuhu berat kepala buat nyer... nasib baik paper parasitilogi II dan english language awareness dah limpas minggu tadi.. dah habis paper baru la tenang sikit kepala nie.. dapat enjoy!! sbab 1 bulan cuti semester.. yeah! yeah!! cuti.. stoooppp!! Nurbasyirah Binti Vyner, mood cuti berhenti dulu.. axem diutamakan okey??? so, selamat malam.. 

Bersedih?? Kenapa???

 Kekasih lari?
 Ditinggalkan anak isteri?
 Kematian orang tersayang?
 Gagal peperiksaan?
 Tak dapat apa yang diharapkan?
 Sentiasa gagal dalam kehidupan?
 Tak ada sumber kewangan?
 Bebanan hutang?
 Sibuk sangat dengan pelbagai bebanan?
Ada lagi alasan lain? Okay. Senaraikan berapa banyak alasan anda untuk sentiasa bersedih setiap hari.

Jika anda berjaya berkarya sebegitu banyak alasan, saya respek (atau kata orang melayu, kagum) dengan anda kerana anda memang juara memberikan alasan. Tepuk tangan gemuruh dengan kejuaraan anda pada hari ini!

Hari ini, tidak mahu sedih-sedih lagi. Daku mahu semua rasa gembira dan sukacita walaupun untuk waktu yang sementara (memanglah, dunia kan sementara. Kalau berterusan, terlupa ada nikmat untuk berterusan gembira di sana. Huhuhu…).

Okay. Ikut kata daku hari ini. Tak lama! 5-10 minit sahaja. Insya-Allah.

Pertama, pejamkan mata anda. Oopppss… nanti dulu. Baca dulu Bismillahirrah manirrahim….

Okay. Sekarang perlahan-lahan rehatkan minda, lapangkan fikiran dan hati dari segala alasan anda.

Jika belum pejam lagi, pejamkan mata anda (sekarang juga! Jangan degil!). Tarik nafas perlahan-lahan, dan hayatilah nafas yang ditarik dan dilepaskan secara perlahan-lahan.

Sekarang, mulakan imaginasi keindahan anda. Perkara yang menggembirakan dan mengembalikan semangat kehidupan dalam hidup anda.

Lihat, hayati ia dan rasailah ia seperti berlaku di hadapan mata anda. Seperti dalam genggaman nada. Bersama-sama dengan anda dan orang yang anda rasakan membawa kegembiraan untuk anda.
Rasailah kegembiraan itu sehingga anda merasai kepuasannya.

Okay. Sekarang buka mata anda dengan sebuah senyuman. Senyuman yang lahir dari hati rasa puas, indah, dan menggembirakan. Nak senyum sendiri-sendiri boleh, dekat orang lain pun boleh. Lemparkanlah senyuman itu berterusan kerana anda memang layak untuk menghasilkan sebuah senyuman yang menggembirakan!

Apabila ada yang bertanya, katakan sahaja,
“Hebat, Alhamdulillah!”

Jangan teragak-agak! Teruskan sehingga anda merasai kepuasan. Dan, rasailah kegembiraan yang pernah atau harapkan dalam hidup anda bersama anda berterusan.
p/s: sungguh, kadang-kadang kegembiraan yang dibayangkan mungkin sudah pergi. Tetapi, jangan bimbang! Kegembiraan itu tetap kembali, hanya anda tidak menyedari.

Bukankah selepas teriknya mentari, ada titisan embun dan hujan? Bukankah selepas rintisan hujan, ada sinar pelangi di pandangan?

KETAHUILAH….

Kenapa perlu bersedih?
Allah s.w.t tidak suka hamba-hambaNya bersedih. Dia sentiasa memberikan peringatan dan semangat bahawa setiap kesusahan ada kemudahan. Setiap bebanan mengikut kemampuan hamba-hambaNya.

Allah sentiasa memberikan kata semangat dan pendorong kepada hamba-hambaNya yang ditimpa ujian dan kesusahan. Dia memberikan kekuatan agar hambaNya tidak rasa kehilangan dan hanya berseorangan.

Rasulullah sendiri tidak mahu umatnya bersedih. Apabila Rasulullah bersedih hati, Allah sentiasa menghampiri. Malaikat, isteri, dan para sahabat sentiasa ada di sekeliling nabi. Hatta, Rasulullah yang sentiasa memberikan peringatan akan hari yang terkemudian, tidak sesekali meminta umatnya menghindarkan segala pekerjaan, makan,minum, segala urusan diri dan fitrah setiap insan hanya semata-mata untuk hari kemudian. Kerana, manusia tetap manusia, ada fitrah dan perasaan. Inilah hebatnya manusia sekiranya benar di atas landasan-Nya.

Tetapi,
Janganlah kerana anda tidak bersedih, anda tidak mengetahui apakah itu tangisan. Menangislah, kerana ia adalah suatu rawatan hati dan menghilangkan tekanan dalam diri.
Tangisan bukanlah hanya untuk kesedihan. Banyak lagi tangisan yang mendatangkan pelbagai persoalan dan jawapan. Malah, tangisan jua yang menyelamatkan anda dari azabNya di sana.

          Ada orang menangis kerana sakit.
          Ada orang menangis kerana gembira.
          Ada orang menangis kerana takut kepada Tuhan.
          Ada orang menangis kerana suatu kerinduan.
          Ada orang menangis kerana suatu pengharapan kepada Allah s.w.t.

Berhentilah berfikir untuk lemah diri. Mari, terus mengorak langkah maju untuk mencari kegembiraan dan redha Ilahi.
Bagaimana hari ini?
Kenapa masih bersedih?


Diam Itu Lebih Mulia..


DIAM?? ada rahsia disebaliknya??
LEBIH BAIK MULIA dan LOW PROFILE

kita asyik berbicara setiap masa.. bicara yang baik membawa kepada keselamatan dan kebaikan kepada orang lain.. jika bicara tidak mengikut adabnya.. kerana mulut badan binasa!! kita akan merana di dunia dan akhirat. lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. oleh itu DIAM adalah benteng bagi lidah manusia macam kita daripada mengucap perkataan yang sia-sia...

kata-kata hikmah berpesan:
" banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran. orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara. "

hikmah DIAM itu merupakan:

  • ibadah tanpa bersusah payah
  • perhiasan tanpa berhias
  • kehebatan tanpa kerajaan
  • benteng tanpa pagar
  • kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
  • menutup segala aib

Rasulullah juga ada berpesan dalam hadisnya mengenai kelebihan DIAM bermaksud:
" barang siapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. barang siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barang siapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya.. "
(Riwayat ABU NAIM)
" barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik itu diam. "
(Riwayat BUKHARI & MUSLIM)
" barang siapa diam maka ia terlepas dari bahaya. " (Riwayat AT-TARMIZI)

akhir kata kita sebagai manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. jalan terbaik adalah DIAM kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang mulia. bicara dengan baik adalah lambang hati yang mulia dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia tersebut.

Jumaat, 21 September 2012

Saya Benci Seseorang..


  • depan baik, belakang kutuk
  • tak hargai orang
  • mementingkan diri sendiri
  • masa susah cari, masa senang senyap
  • ambil kesempatan atas kebaikan orang
  • dah salah tak nak mengaku
  • memaksa 
  • kelakuan baik seseorang diceritakan keburukan seseorang
  • penghasut
  • hidup dengki
  • panas baran
  • dll..
* saya tidak PERFECT, saya juga buat SILAP, tapi saya ELAK perkara di atas.. lagipun saya tak pernah kutuk/ memperjahatkan kawan saya dari belakang.. KECUALI ANDA YANG MEMBUAT SAYA BEGINI..*