Zhou adalah gadis pecinta haiwan, kerana cintanya selalu
tidur bersama haiwan peliharaannya iaitu kucing dan anjing. Tapi suatu hari ia
demam dan menjadi lumpuh. Doktor yang memeriksa mengatakan ia terkena parasit
dari haiwan peliharaannya.
Zhou (21 tahun) yang berasal dari China ditemui lumpuh
setelah tulang-tulangnya lemah kerana dijangkiti parasit dari haiwan
peliharaannya. Zhou telah bertahun-tahun menderita demam secara tetap dan
kemudian kaki bawahnya mulai tidak boleh digerakkan seperti dipetikr dari
chinadaily, Khamis (22/3/2012).
Doktor Hospital Zhu Jiang melakukan pemeriksaan dan
menyatakan bahawa Zhou dijangkiti parasit jenis Echinococcosis. Sejenis parasit
yang dapat berkembang dalam tubuh manusia dan mamalia lain, seperti kambing,
anjing, tikus, dan kuda.
Parasit Echinococcosis yang hidup pada haiwan kesayangan
adalah jenis Echinococcus granulosus. Iaitu berupa cacing pita dengan panjang
3-6 mm.
Cacing dewasa ini hidup melekat pada usus halus haiwan
mamalia. Kemudian ketika cacing-cacing tersebut bertelur, akan ikut keluar
bersama najis dari mamalia yang ditumpanginya.
Jika telur cacing pita ditelan oleh manusia, maka telur akan
menetas dalam tubuh manusia. Cacing-cacing tersebut dapat menembusi dinding
usus dan boleh menjangkiti organ dalam manusia seperti hati, paru, otak, buah
pinggang, limpa, otot dan tulang.
Zhou mungkin telah dijangkiti oleh parasit haiwan
peliharaannya sejak kecil. Tulang-tulangnya telah terhakis oleh gigitan dari
parasit selama bertahun-tahun.
Para ahli mengatakan parasit boleh menjangkiti anak-anak
melalui interaksi dengan haiwan kesayangan. Keluarga dengan ibu hamil atau
anak-anak disyorkan untuk menempatkan haiwan peliharaannya dalam kandang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan