Ahad, 29 Julai 2012

Wanita Rendah Selalu Merendah Diri..

perempuan rendah selalu tidak dihiraukan?

ini merupakan masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakkan perempuan melayu. kebanyakkan perempuan melayu dilahirkan rendah. bermacam-macam masalah yang timbul daripada isu ini, perempuan telah salah anggap bahawa orang yang tinggi sahaja berkeyakinan tinggi. kebanyakkan perempuan yang rendah mengalami pelbagai masalah perasaan seperti berasa malu hendak berkawan dengan sesiapa malah ada yang sanggup berdiam diri di khalayak ramai kerana takut diperli, malah ada yang tidak dapat tidur memikirkan hal ini. bermacam-macam ubat mereka try untuk menjadi tinggi tapi KJ nasihatkan supaya jangan jadikan isu rendah ini sebagai penghalang kepada kemajuan diri.

sudah menjadi isu sensitif mengenai ketinggian perempuan, seperti mana KJ cakap bahawa orang rendah biasanya tidak berkeyakinan tinggi. yelaa takut kena perli. anda seharusnya membuang perasaan itu jauh-jauh kerana perasaan itu la yang menghalang kelebihan anda yang lain daripada menonjol. ada saja perempuan rendah malah CACAT sangat berkeyakinan tinggi, anda sepatutnya mencontohi dia. setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan. anda seharusnya bijak menonjolkan kelebihan anda sehingga kekurangan anda tidak dipandang oleh orang lain. 

justeru, anugerah fizikal yang telah diberi, dalam keadaan apa sekalipun tidak perlu dikesali. bina kekuatan atas elemen lain. contohnya kemahiran berkomunikasi, bijak mengambil hati dan tidak mempersendakan lain. lagi pun, keunikan personaliti manusia tentunya membuatkan ada wanita yang lebih menggemari lelaki pendek berbanding yang bertubuh tinggi. 

berusahalah menerima kekurangan diri sendiri dan bina kekuatan untuk menjadi diri anda istimewa di mata org lain. JANGAN mempersendakan orang lain jika diri sendiri tidak SEMPURNA!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan