Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca yang
menyebabkan mata anda cepat berasa letih. Antaranya adalah..
Terlalu fokus-
Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau
melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih
keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk.
Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali
menyambung tugasan.
Masalah mata-
Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda
sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu
bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan
nasihat dari pakar.
Sistem pencahayaan
yang tidak baik- Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu
sedikit akan menyebabkan otot sphincter dan dilatory untuk bekerja secara
berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.
Bekerja lebih masa-
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan
menonton tv, membuka akaun fb, melayari internet, bermain telefon bimbit atau
sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja
lebih masa.
Jarang berkelip-
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan
mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak
terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda
sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan