Pantang ada tersilap sedikit, melenting. Pantang tersalah
sikit, mengamuk. Pantang tercuit perasaan, anda marah macam kerasukkan saka.
Apa sebab anda jadi sedemikian ? Apa puncanya? Adakah cara untuk mengubati
penyakit cepat marah anda itu ?
Menurut sumber,
ada tiga sebab utama penyebab sikap cepat marah anda ;
Sebab 1: Anda tidak kawal emosi.
Orang yang cepat marah adalah orang yang tidak mengawal
emosi, malah membiarkan marah menguasai dirinya. Orang yang cepat marah cepat
dibodoh-bodohkan oleh orang lain, iaitu dengan ‘memancing’ kemarahannya. Bila
sudah marah, biasanya tindakan akan jadi membuta-tuli.
Sebab 2: Ego, bangga diri, riak.
Anda cepat marah sebab ego Anda dicabar bila mana Anda
merasa Anda direndah-rendahkan, Anda rasa kalah, Anda rasa Anda tidak dihormat.
Jika Anda memiliki salah satu daripada 3 perkara tadi, itu tandanya Anda
terlalu mengagungkan diri Anda. Anda terlalu menilai tinggi siapa diri Anda.
Anda cepat marah sebab Anda tidak mahu dipandang rendah, benci apabila tidak
dihormati, merasa terhina apabila Anda terjumpa orang yang lebih hebat daripada
Anda. Marah sebegini biasanya wujud dalam bentuk emosi tidak puas hati.
Sebab 3: Anda orang berfikiran negatif.
Orang yang berfikiran negatif adalah orang yang memandang
buruk terhadap sesuatu, bersangka buruk pada orang lain serta bertanggapan
buruk terhadap apa jua perkara. Anda cepat marah kerana di hati Anda tidak
wujud istilah maaf. Anda tidak mahu memberi maaf dan Anda malu untuk meminta
maaf.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan