Selalu letih dan tidak bermaya?Tidur cukup tetapi masih
terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda
yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin
menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.
Sebab 1: Kekurangan
darah
Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan
mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak
beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid,
kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.
Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah
yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain.
Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.
Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah
termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B.
Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.
Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening,
kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat
diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan
daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.
Sebab ke 2 :
Kekurangan Hormon Tiroid
Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan
sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan
hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan
untuk beroperasi.
Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka
langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan
masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.
Sebab ke 3: Jangkitan
Kuman air kencing (UTI)
Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa
kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu
gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti
pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala
langsung.
UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin
terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga
meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing
semasa seks.
Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat
diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang,
anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang
pencegahannya.
Sebab ke 4: Terlebih
caffeine
Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa
cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang
sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil
terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.
Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine
sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau
apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.
Sebab ke 5: Alahan
makanan
Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah
orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan
mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang
makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki
itu dari suapan harian anda.
Sebab ke 6: Sleep
Apnea
Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada
kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak
menyedari yang anda tidak cukup tidur?
‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak
sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara
tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap
terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang
berdekur.
Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan
menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk
memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep
Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.
Sebab No 7: Lemah
Jantung
Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas
yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa
dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi
sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati
tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk
pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung
yang lebih serius.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan