Khamis, 17 Mei 2012

Barang Dah Packing???

herm!! mama nie dari smalam ckap barang dah packing ke blum.. sabar mama.. kakak pun blum packing juga.. mama nie smangat btul nak bcuti.. :) mama dah 2 ari lepas dah siap packing barang.. bagasi dah full dah.. hahahaha.. siap letak dkat ruang tamu lagi tue.. mama2.. :) shieyra dah packing barang dah ptg tadi dgn kakak.. skit jer barang.. :( tak tau nak bawa baju apa.. huhuhu.. tapi shieyra dah tak sabar nak brangkat malam sok.. yaahoooo!!! :) kpd keng kwn ku yg sedang bercuti semester nie.. slamat bercuti.. jga diri korang baik2 yer.. rehatkan minda.. coz longsem nanti stress tau.. byk amali nak buat nanti.. :) bye2!!

Ekspedisi Kelab Kembara



pda 11-13/05/2012 iaitu 3 hari 2 malam kta org brada di Tman Negara Gnung Gading mjlnkan Ekspedisi Kelab Kembara seramai 41 org termasuk tutor.. ptg nie shieyra nak story2 kjap crita perjalanan kami slama 3 hari 2 malam.



tpat pkul 11 am kta org dah mula brangkat dari kolej PTPL.. spanjang pjlnan masing2 buat hal sdiri.. sambil tue plak plajar lelaki pilih nasib *ambil kertas dlm bakul* Winnie bawa, dan buka siapakah yg akan mjadi psangan mreka spanjang aktiviti djlnkan.. potpetpotpet tanpa dsedari kta org dah sampai Tmn Negara Gnung Gading pukul 1:47 pm..


hah!! nielah chalet kta org.. Oopsss! bgi yg prempuan sajer.. yg laki punya???? chalet dia org jauh bleh kurang 150 meter.. dlm chalet nie ada 3 buah blik tdur dan 2 buah blik mandi.. lpas plih blik masing2.. kta org makan, brehat dan dsambung dgan aktiviti dpool dan padang.. sblum mulakan aktiviti kta org dbhagikan kump. 1 kump ada 5 pasangan jadi 1 kump 10 org. aktiviti nya adalah bawa pasangan atas air, siapa yg paling panjang *maksudnya guna benda yg brada di bdn dan buat sama satu grisan yg panjang*, dan letak gtah pada straw.. part nei paling lucu.. hahahaha.. nak tau?? Tak bleh la.. :) malam pula kita org duduk dkat luar atas jln raya dibwh sinaran bintang yg bkelip2.. pada masa tue aku, yam, jack, dilla, dan farah bosan duduk dlm blik.. then aku ajk kluar tgok bintang.. siap bwa lampu suluh lagi tue.. start kluar dari chalet ada bberapa sinaran lampu suluh pancar dkat kita org.. then dia org ajak join skali.. kta on jer dan duduk 1 bulatan besar.. dgrla zaidi dan dasuki bercerita berjenaka.. hahahaha.. bleh la lucu.. tak lama kmudian kami org bpecah mjadi 3 bulatan.. 1 bulatan crita seram, 1 bulatan crita tentang bola2... dan 1 bulatan aku and the geng entah la nak crita apa.. last.. ada juga org kongsikan kisah silam cinta, sedih, mlucukan.. elvis crita kisah cinta silamnya, steven kisah kwn srumah sewa dulu yg salah faham, jack tentang cinta pertama, bibi dan irfan kisah pmulaan cinta mreka mula bputik,dan aku dan dilla kenangan pahit terjatuh dkat kolej.. top2.. dah tak sedar jam dah larut malam.. so kita org masuk chalet dan tido utk isi tenaga nak daki gunung.. hehehe.. malam tue aku, yam, jack dan dilla tak tido lagi.. coz kta org dtugaskan buat srapan utk dbawa smasa mndaki gnung.. menu nya adalah roti sardin, roti telur dan cucur pusuk.. mlm tue kta org tdo pkul 1:30 sbab adun smua bhn cucur pusuk, dan kukus telur.. tpat pkul 4:30 pg kta 4 bgun trus buat cucur dan roti.. dlm masa tue kan... hahahahaa lucu.. tak nak share2.. tak bleh.. 


slepas solat subuh bagi yg muslim, kta org trus brangkat.. sbelum tue kita org memanaskan bdan.. :)





mendaki gnung nie memang la susah.. tapi kta org happy jer.. walaupun ia amat memenatkan dan ada sbilangan drpd kami terseliuh kaki.. tapi seronok.. tak sangka yang kita org bleh mendaki.. :)


stelah penat mendaki, sbilangan drpd kta org brendam dkat air terjun.. sjuk... ewh!! btul ker?? masa tue shieyra tak brendam.. coz takut kaki shieyra skit masa nak trun gnung nanti... :) tenang jer tempat tue.. rasa tak nak trun dah.. tapi apakan daya.. 


sblum pkul 12 tgh ari kta dah sampai dkat chalet.. masing2 prgi mandi.. ada juga yg mandi dkat pool.. :) 


dah penat bmandi manda dan wangi.. kta org bkumpul di chalet pempuan utk makan tgh hari... masa tue hujan pun trun.. lebat??? entah la.. slepas hujan sudah reda kta org pun start buat aktiviti sterusnyer!!


dalam 1 kump mesti hantar 2 pasangan utk aktiviti strusnya.. aktiviti nie stiap pasansan hendaklah blari mengunakan 2 kaki shj.. pkir dan pikir mcm mana nak buat.. 


tada!! lucukan aksi dia org?? hahahha.. (tgok btul2)



nie pula aktiviti... entahla. tak tau nama aktiviti nie.. tapi enjoy!!! lepas habis buat aktiviti kta org pergi mandi dan buat persiapan utk bbq.. malam tue siapa yg masak?? nie nak puji ckit.. sdap la korang masak.. :)
pagi keesokkan nya kita org dah kemas barang nak brangkat balik.. sblum naik bas kta org tangkap gmbar dulu... buat kenangan.. :)



suasana dlm bas.. then yg nie pula shieyra nak tunjuk wajah2 ceria spanjang Ekspedisi Kelab Kembara.. :)


















ucapan shieyra tok korang smua... shieyra happy sgt2... shieyra rasa masa tue skejap jer.. bak kta org srawak blalak kmk aih.. :p shieyra anggap korang dah mcm 1 family Kelab Kembara.. coz, korang baik, peramah, cheerful, bpendapat yg sama, dan lain2 lah.. shieyra harap kta org akan mengadakan aktiviti nie skali lagi yer.?? Insya'Allah.. :)

Punca Mata Anda Cepat Letih



Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih. Antaranya adalah..

Terlalu fokus-  Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.

Masalah mata- Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar.

Sistem pencahayaan yang tidak baik- Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot sphincter dan dilatory untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.

Bekerja lebih masa- Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka akaun fb, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.

Jarang berkelip- Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.

Anda Selalu Letih?? Apa Sebabnya??



Selalu letih dan tidak bermaya?Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.

Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.

Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.

Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.

Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid

Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.

Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)

Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.

Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.

Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?

‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.

Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

Kenapa Anda Cepat Marah???



Pantang ada tersilap sedikit, melenting. Pantang tersalah sikit, mengamuk. Pantang tercuit perasaan, anda marah macam kerasukkan saka. Apa sebab anda jadi sedemikian ? Apa puncanya? Adakah cara untuk mengubati penyakit cepat marah anda itu ? 

Menurut sumber, ada tiga sebab utama penyebab sikap cepat marah anda ;

Sebab 1: Anda tidak kawal emosi.

Orang yang cepat marah adalah orang yang tidak mengawal emosi, malah membiarkan marah menguasai dirinya. Orang yang cepat marah cepat dibodoh-bodohkan oleh orang lain, iaitu dengan ‘memancing’ kemarahannya. Bila sudah marah, biasanya tindakan akan jadi membuta-tuli.

Sebab 2: Ego, bangga diri, riak.

Anda cepat marah sebab ego Anda dicabar bila mana Anda merasa Anda direndah-rendahkan, Anda rasa kalah, Anda rasa Anda tidak dihormat. Jika Anda memiliki salah satu daripada 3 perkara tadi, itu tandanya Anda terlalu mengagungkan diri Anda. Anda terlalu menilai tinggi siapa diri Anda. Anda cepat marah sebab Anda tidak mahu dipandang rendah, benci apabila tidak dihormati, merasa terhina apabila Anda terjumpa orang yang lebih hebat daripada Anda. Marah sebegini biasanya wujud dalam bentuk emosi tidak puas hati.

Sebab 3: Anda orang berfikiran negatif.

Orang yang berfikiran negatif adalah orang yang memandang buruk terhadap sesuatu, bersangka buruk pada orang lain serta bertanggapan buruk terhadap apa jua perkara. Anda cepat marah kerana di hati Anda tidak wujud istilah maaf. Anda tidak mahu memberi maaf dan Anda malu untuk meminta maaf.

Fakta Menarik Tentang Kucing


  1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
  2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya
  3. Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki
  4. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan  1.814kg.
  5. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
  6. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
  7. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
  8. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
  9. Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.
  10. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
  11. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
  12. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hehe
  13. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha
  14. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
  15. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
  16. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
  17. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
  18. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut 
  19. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
  20. Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari 

Risiko Duduk Atas Dompet

jgn duduk atas dompet anda.. mmang sudah mjadi kbiasaan kita, trutamanya lelaki yg letak dompet dkat poket blakang dan duduk di atas dompet. salah ke letak dompet dkat poket blakang dan duduk di atas dompet...?


lelaki yg suka mletakkan dompet di poket bahagian blakang (punggung) akan myebabkan masalah pda tulang blakang, antaranya kaki mjadi pendek sbelah. jdi utk memastikan tulang blakang anda trus sihat, maka gnakanlah poket di bhagian dpan. sptmana anda tdk akan duduk di atas dompet utk tempoh masa yg panjang. sesiapa yg memandu lebih drpd stengah jam duduk di atas dompet, mreka bpotensi utk mdpt skit blakang. pda pringkat awal sakit itu tdk dtg dan mungkin akan rasa btahun kmudian. sakitnya bmula dari pinggang shingga bleh di bawa ke kaki. duduk di atas dompet utk satu jangka masa yg lama, biasanya blaku pada mreka yg bkerja di pejabat. jadi, cuba bgun dan bjalan2 slama satu minit bagi mrenggangkan tulang blakang.. 

Selasa, 15 Mei 2012

Rahsia Di Sebalik Tidur


Setiap org punya cara atau gaya tidur mreka sdiri. Slalunya gaya tidur itu adalah yg tlah mjadi kbiasaannya. Namun tahukah anada bhwa gaya tidur mampu mengungkap psonaliti atau kpribadian sseorg.

ツ  Tidur tlentang dgn kdua2 tlapak tgn di blakang kepala
Kamu adalah individu yg sgt pintar @ sentiasa bsmangat blajar. Kdg kala anda sring mberikan idea yg bernas @ unik yg mungkin tdk pnah dpikirkan individu lain. Kluarga adalah agenda utama dlm hidupnya @ kamu mjaga kluargamu sbaik mungkin. Ttpi kamu sukar utk bcinta, mungkin krana silap kamu yg tlalu memilih. 

ツ  Selubung seluruh badan dgn selimut
Kamu sring bpnampilan macho/menarik dhadapan org ramai namun hkikatnya jauh di dlm dirimu itu, kamu adalah individu yg pemalu @ lemah. Kamu tlalu myimpan rasa @ skiranya kamu bhadapan dgn ssuatu masalah, kamu lebih gmar mmendamkannya @ mghadapinya scra bsendirian tanpa mminta bantuan org lain. Tdk hairanlah mgapa kamu sering meracau swaktu dlm waktu tidurmu.

ツ  Tidur dgn kdua2 tgn dblakang kepala @ kaki bsilang
Ssiapa yg tidur dgn kaki bsilang dianggap tlalu mmentingkan prasaannya sendiri @ sukar utk mnerima prubahan dlm diri. Kamu lbih gemar bsendiri walau bgaimanapun sikap tlenrasi yg ada dlm diri kamu memang patut dpuji.

ツ  Tidur meringgkuk
Kamu brasa kseorgan @ kecewa krana masa silam sering mghantui diri kamu. Kamu sering teragak2 @ bbelah bagi utk mberi cinta kpd psanganmu. Kamu sering branggapan cinta tlah lama hilang dlm khidupanmu..

ツ  Tidur mengiring @ meringkuk
Pentingkan diri sdiri, cemburu @ pdendam adalah antara pkataan yg mampu mjelaskan personaliti kamu. Individu yg brada dsekelilingi kamu harus bhati2 drpd pyakit hati kamu, kerana kamu akan mudah meradang  individu bkenaan.

ツ  Tidur mengiring dgn salah satu kaki dbengkokkan
Kamu adalah individu yg cerewet @ slalu mgkritik @ mrungut. Selain itu kamu mudah bosan @ kdang kala tlebih ghairah utk suatu pkara kecil/kurang penting. Hakikatnya khidupan bkanlah suatu pkara yg sukar sbaliknya kamu harus blajar utk lebih bertenang.

ツ  Tidur meringkuk di satu arah
Kamu adalah individu yg brani, bsopan santun, lebih jujur @ pyayang. Walau bgaimanapun tiada mnusia yg smpurna 100% di dunia ini. Jesteru, kamu perlu membina keyakinan diri yg lebih utuh di dlm diri @ sntiasa blajar mnerima ksilapan @ kkurangan yg ada dlm diri kamu itu. Skiranya kamu mpraktikkan smua ini, kgembiraan akan mjadi milik kamu.

ツ  Tidur mengiring dgn bbantalkan lengan dkepala
Gaya tidur begini mlambangkan kamu adalah individu yg yakin pada diri sendiri. Kamu akan mlihat kjayaan dlm stiap pkara yg kamu lakukan. Kamu akan brusaha utk realisasikannya sbaik mungkin. Individu yg tidur mengiring pada arah kanannya dgn mletakkan tgn kanannya dkepala, dkatakan mmiliki masa dpan cerah.

ツ  Tidur terlentang dgn tgn dan kaki sdikit mdepa
Gaya tidur begini mperlihatkan identiti diri kamu sbenarnya. Kamu cintakan kselesaan, kbebasan dan kecantikan. Selain itu kamu juga tdorong dlm kategori pboros namun kamu bruntung kerana pdapatan kamu miliki tdk kurang hebatnya. Skap pyibuk @ gemar bgosip juga da dlm diri kamu.

ツ  Tidur meniarap
Skiranya kamu tidur mniarap spanjang malam, kamu adalah individu yg bfikiran sempit. Fikiran kamu slalu tertumpu @ sring memaksa individu lain utk mmenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yg lalai @ tdik tratur.