Ahad, 9 Disember 2012

LESBIAN

hello gadis2 sekalian.. :)

lesbian. tak perlu diterangkan lagi sebab semua dah tahu. semua dah baligh kan2... pasangan lesbian nie susah kita nak detect sebabnya bila kita tengok perempuan tue berpegang tangan or bercium pipi antara mereka adalah perkara biasa. kita anggap perkara tue normal.. macam seorang ibu dan anak. tapi kalau lelaki lain pulak. pegang tangan je mula nak cakap gay! 

pasangan lesbian nie kita tak boleh nak agak. muka awek tue cun gila tapi tup2 partner dengan kaum sejenis. alah melepas.. dan partner diaorg selalunya akan lebih berpewatakan dan dressing macam lelaki. ala2 tomboy gitu2... so lagak tak ubah macam lelaki dan perempuan. tapi tak semua tomboy is lesbian okeh.

lesbian nie kalau tinggal serumah dan sebilik pun orang tak ambik port punya. tambah kalau diaorg pandai kaver depan org ramai. kalau dah sekali dalam bilik tue jangan cakap la yer.. faham2 jer la.. 

gelaran. sorg si 'abg' dan sorg lagi 'ayang'. tapi selalunya si 'abg' diaorg lagi selesa panggil 'sayang','bie' dan something yang manja lah. biasalah kalau perempuan panggil sayang pun org lain anggap normal. so memang susah sekali nak detect.

kalau diaorg berdating pulak tak macam pasangan normal lain. pasangan normal nak berpeluk depan orang ramai memang tak malu lah. biasa jer. siap boleh ambik gambar depan org lagi. selalunya lesbian pilih tempat dating seperti kedai makan, shopping complex. simple.

kenapa diaorg pilih yang sejenis?? tahu jer lah kan perempuan sifatnya bagaimana... perempuan nie hati selembut softlan. diaorg lebih memahami kalau nak share something. lebih caring and loving. mungkin diaorg pikir kalau kapel dengan lelaki sangat leceh. mungkinlah... diaorg pun ada perasaan jeles bila partner diaorg rapat dengan lelaki lain. tapi diaorg tak akan rasa jeles kalau partner diaorg rapat dengan perempuan. kenapa?? mungkin diaorg takut pasangan diaorg akan beralih ke arah lelaki lain kot.. 

so, jangan pulak lepas nie anda nampak girls jalan pegang tangan anda kata lesbian.. hehhee... :p

Sabtu, 8 Disember 2012

Latah Oh Latah.. :)

opocot!! ewah2...

intro nak latah.oops!! sorry okey kita nie tak melatah. cuma nak share info sikit pasal melatah. yang pasti sangat best bila dapat usik or tengok org yang melatah. gelak sampai guling2.. macam2 gaya dan perkataan yang ditunjukkan oleh si pelatah. mungkin ada kenalan terdekat anda yang melatah kan2.. so dah faham sendiri tabiat orang melatah nie.

okey, straight to the point. latah dalam bahasa omputih is LATAH. cari la dalam kamus oxford ke besta ke google translate ke omputih cakap LATAH is LATAH.


  1. latah is a pattern of neurotic behavior, usually induced by a startle, first discovered in Malaya, and characterized by the compulsive imitation of the actions and word of others.
  2. latah juga di kenali dalam bidang perubatan sebagai "A nervous disorder characterized by an exeggerated physical response to being startled or to unexpected suggestion."
  3. mostly penyakit melatah ini berlaku dekat area nusantara. cuba anda tengok kot2 la ada omputih yang melatah. 
  4. kebanyakan kita tengok perempuan yang banyak melatah tapi jangan kata lelaki tak melatah.. kadang dia orang lagi over tau...
  5. latah dikatakan sebagai penyakit tapi jangan risau latah bukan penyakit yang menjejaskan kesihatan cumanya ia ada kaitan dengan sistem saraf pusat dan psikologi serta sosial.
  6. ada sesetengah orang cakap melatah boleh menyebabkan lupa dan yang pasti diri sendiri akan terkena badi orang melatah kalau asyik mengusik si pelatah.
* mak selalu cakap "kalau si pelatah bawa benda yang tajam2, jangan usik dia orang. nanti bahaya."

Ahad, 4 November 2012

Ketika di AWAL & AKHIR Usia Kita



1.   ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat. ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

2.   ketika kamu dilahirkan, kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu. ketika kamu mati, kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.

3.   ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan. ketika kamu mati, kami dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

4.   ketika kamu dilahirkan, kedua ibubapa dan keluarga kamu gembira. ketika kamu mati, kedua ibubapa dan keluarga kamu menanggis ke atas kamu.

5.   Adam dan keturunannya dijadikan daripada tanah. Maha Suci Allah yang menjadikan kamu telah memasukkan kamu ke dalam setelah mati.

6.   ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan. ketika kamu mati, kamu juga dalan kegelapan dan kesempitan.

7.   ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu. ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.

8.   ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhatikan dan melakukan kemahiran. ketika kamu mati, kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh.. Apakah bekalan kamu yang telah kamu sediakan...?

Rabu, 17 Oktober 2012

Warna-Warni Kehidupan

colourful cloud...

colourful petal...

colourful lace...

colourful fish...

colourful jelly...

colourful pencils...

colourful wing...

colourful star...

colouful ballon...

colourful butterfly...

colourful leaf...

colourful paper...

colourful rainbow...

* agaknya mcm nama yer kehidupan kita jika tidak dipenuhi warna2 ini...?? *

Cantik Di Hati


belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN,
belajarlah IKHLAS walau TAK RELA,
belajarlah TAAT walau BERAT,
belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI,
belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN,
belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA,
belajarlah MENGASIHI walau anda DISAKITI,
belajarlah TENANG walau anda sedang GELISAH,
belajarlah PERCAYA walau SUSAH...
percaya bahawa Allah S.W.T masih sanggup menolongmu...

Selasa, 16 Oktober 2012

1 Liter of Tears

Hari ini nak kongsi satu drama Jepun dkt korang semua. Kalau tgk mesti sedih. Boleh banjir satu rumah. Tajuk nya adalah '1 LITER OF TEARS'.  Sumpah sedih glerr....


1 Liter of Tears adalah sebuah drama televisyen Jepun ttg seorg gadis yang telah didiagnosis dgn penyakit yg tdk boleh diubati. Tetapi mampu utk meneruskan hidupnya sehingga kematiannya pada usia 25 thn. Aya Ikeuchi pada 15 thn telah didiagnosis dgn kegagalan spinocerebellar, penyakit kerosakan fungsi neuron motor manusia akhirnya membuat mereka menjadi lumpuh. Dia pergi ke sekolah Higashikou, tetapi disebabkan penyakit beliau tdk boleh membuat ia utk mendpt ijazah dan telah dipindahkan ke sekolah khas utk org kurang upaya. Beliau adalah seorang gadis yang kuat dan tdk pernah terfikir dia akan mati. Setiap hari beliau menulis diari memberitahu ttg kehidupan keluarga dan kawan-kawannya. 

Kiri: otak penderita spinocerebellar degeneration (pemecutan otak belakang yang menyebabkan penderitanya lumpuh perlahan-lahan). Kanan: otak normal.

Filem ini benar-benar sgt sedih. “One Liter of Tears” bukan hanya tajuknya, bahkan yang menyaksinya pun boleh menitis 1 liter air mata kerana dramanya.

“Live on, Aya…”

Kata-kata itu sgt menyentuh hati..
Aya sangat tabah menghadapi penyakitnya. Beliau masih ceria  dan bertahan hidup semampunya. Walaupun sering menghadapi pandangan yang tdk enak oleh masyarakat. Keluarga beliau adalah keluarga yang hebat, selalu ada untuk Aya sampai akhir hayat. Terutamanya ibu beliau selalu ada dan menyokong dgn kata-kata semangat. Adiknya yang pertama, Ako pun membuat saya terharu, benar-benar seorg adik yg sangat hebat dan selalu bangga kpd kakaknya.

Kitou Aya, penderita spinocerebellar degeneration.

Filem ini diambil dari kisah nyata seorg gadis bernama Aya Kitou (July 19, 1962 – May 23, 1988). Kisah aslinya mungkin terlalu berbeza drpd filmnya. Aya diketahui menghidap spinocerebellar degeneration sewaktu berusia 15 thn, berjuang melawan penyakit itu hingga akhirnya meninggal pada usia 25 thn.

Rabu, 3 Oktober 2012

Kau, Kawan, Sahabat & Teman

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh anak liku

Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahan mu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Angannya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua bernua
Saling mengejar cita
Tak pernah ku lupakan

Ku pasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah

Detik yang indah bersamamu temanku
Untuk kenangan bersama






Mawar Oh Mawar..

mawar oh mawar.. bunga mawar mempunyai pelbagai warna.. setiap warna mempunyai maksud tersendiri.. 

JENIS-JENIS MAWAR:

Mawar merah...

mawar merah cukup sinonim  dengan keberanian dan panas baran.. tapi apabila warna merah itu diberikan kepada sekumtum bunga maka ia akan membawa makna cinta dan sayang, keindahan, rasa hormat, romantik dan sebagai pujian...

Mawar putih...

mawar putih pula sinonim dengan kesucian dan kebersihan. ia juga turut diterjemahkan pada erti warna ini pada sekuntum bunga.. putih sebagai lambang cinta sejati, kemurnian hati dan keagungan. marwa putih juga mencerminkan persahabatan sejati...

Mawar pink...

mawar pink selalunya dikaitkan dengan wanita yang mana wanita memandang kelembutan pada warna ini. pink melambangkan kebahagiaan, penghormatan dan tentunya pujian. warna ini paling tepat untuk mengungkapkan perasaan suka pada seseorang. warna ini juga mampu mengambarkan perasaan berterima kasih dan syukur..

Mawar kuning...

mawar kuning merupakan warna keceriaan dan keunikan. warna kuning melambangkan persahabatan, kekeluargaan dan kegembiraan. warna kuning juga memberi erti kebebasan...

Mawar biru...

mawar biru warna ketenangan. warna biru mengekspresikan perasaan yang tidak mudah dikatakan. marwa biru diertikan sebagai imaginasi, misteri dan tidak dapat disentuh. mawar biru juga mengambarkan kebekuan kerana biru adalah sesuatu yang benar-benar dalam. "mawar biru melambangkan kesungguhan atas perasaan kerana pengolahan genetik yang menjadikan warna biru memiliki kelebihan dari semua mawar. mawar biru secara tradisional diciptakan dengan mematikan mawar putih dan menahan pigmen delphinidin, sehingga hanya ada pigmen utama menghasilkan warna biru sahaja"...

Mawar hijau...

mawar hijau selalu dikaitkan dengan kesegaran kerana warna ini merupakan warna alam. hijau adalah warna harmoni, kesejahteraan dan kesuburan. mawar hijau membawa maksud perdamaian...

Mawar ungu...

mawar ungu melambang keindahan unik dari warna lavender ini melambangkan simbol kesempurnaan, persona dan keaguman. mawar ungu digunakan untuk mengekspresikan perasaan cinta pandang pertama...

Selasa, 2 Oktober 2012

Baik? Jujur? Layak Ke Anda Dapat Semua Tu???


buang terbiat ke ape?
soalan terbaik...
buat baik tapi di salah guna?
apa beza aku dengan korg?
aku suka bergaul dengan orang
tapi orang suka ambik kesempatan
aku ni bendul ke?
seronok ke main2 kan orang lain?
dear.....
kawan pon ada undang2 dia...
lagi2 kalau org yg kau sayang
ni manusia juga
tapi buat aku macam bantal buruk..
nak tdo cari...
tak nak lantak kau la

aku je ke
yg berfikiran macam ni?
bajet diri baik la?
nak nasihatkan orang konon...
tapi aku bukan pelakon...
aku nak hidup
dalam dunia manusia ni
secara saksama
bukan untuk main2.
tapi
kenapa...
kenapa orang aku kenal
buat aku macam selipar jepun?
yup... bukan semua..
tapi sorang dua pon dah cukup
menyusahkan hati aku
ari2 aku dok kecewa/menanggis
ngenang korg..

apalah yg korang nak dari aku?
aku bukan cantik mana pon
aku tak kaya
cerdik tu taklah sgt
kalau tak
takkan orang bodoh2kan aku?
tapi kadang2 org kata aku bodoh
org gunakan demi kebaikan mereka
sebab
sebab aku baik ker
hahhahah...
bodoh ke?
tak kot,
tapi aku xpuas hati beb
aku xkacau orang, tapi orang main2 kan aku
aku sayang org aku kenal
tapi... entah la...
aku pon xtahu ape yg aku merapu
tapi aku bengang
"kesian"
"aku xsetaraf dengan kau"
apa yg aku taip nie??
dah la.. lagi panjang aku tulis
lagi aku merapu
ape2 pon...
aku juga manusia ada perasaan
jgnlah buat sahabat korg mcm tue…

Bayar Dan Percuma...

manusia sering mengatakan kehidupan di dunia ini memerlukan wang untuk perbelanjaan seharian... yelah masuk tandas pun bayar 20sen.. ada juga manusia mengatakan dalam dunia ini mana ada percuma.. kalau aku dengar org cakap mcm nie.. aku ketok kepala dia orang. yelah takda otak ke apa!!! pandai2 cakap dunia nie takda percuma.. ADALAH.. korang yang tak terfikir.. cuma korang fikir betul2.. Allah dah bagi kita udara, oksigen, gunung-ganang, air,  tanah, tumbuh2an, cahaya matahari, bulan, bintang, nyawa korang dll. kalau dunia nie takda percuma.. berapa nyawa korang setiap minit?? so kita patut bersyukur apa yang ada dan pandai2lah berjimat cemat menggunakan wang tue.. pandai2lah menabung yer.. fikir-fikirkan lah wahai anda semua...

Isnin, 1 Oktober 2012

Skizofrenia?? Sakit Mental???


Skizofrenia adalah salah satu penyakit otak dan mental yang serius. Perkataan skizofrenia atau schizophrenia hanya kerap digunakan oleh para doktor. Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang digunakan. Orang ramai biasanya menggunakan perkataan seperti “orang gila” , “orang sakit mental” atau "psycho" terhadap pesakit skizofrenia. Namun penggunaan perkataan “gila” dan “sakit” ini adalah kadang-kadang disalah- ertikan kerana penyakit mental sebenarnya ada bermacam jenis dan tidak semuanya adalah skizofrenia.

TANDA-TANDA POSITIF:
Psikosis adalah simptom penting skizofrenia. Pesakit yang mendapat psikosis boleh mengalami delusi (delusion) atau halusinasi (hallucination). Delusi adalah kepercayaan karut yang dipercayai dengan sangat kukuh oleh pesakit walaupun di pertikaikan atau diragui oleh orang lain. Kepercayaan karut ini tidak sejajar dengan budaya, agama, masyarakat , keadaan sosial sekeliling dan ilmu pengetahuan yang ada pada pesakit. Terdapat banyak jenis delusi. Contohnya:
  • Delusi paranoid (paranoid or persecutory delusion): Mempercayai bahawa terdapat orang lain, kumpulan atau organisasi yang cuba untuk menganiaya , mencederakan, mendatangkan kemudaratan atau membunuh pesakit tersebut. Contohnya; percaya bahawa orang gaji telah memasukkan racun ke dalam makanan atau percaya bahawa majikan dan orang atas memasang perangkap untuk menjatuhkan maruah pesakit dan mengancam kedudukan jawatan pesakit .
  • Delusi kawalan ( delusion of control): Mempercayai bahawa perbuatan , kemahuan dan perasaan menjadi pasif dan hanya dikawal oleh kuasa dari luar tanpa kehendak diri sendiri. Contohnya; tangan pesakit menumbuk seseorang kerana di paksa oleh kuasa lain tanpa kawalan dan kehendak dirinya sendiri, merasai makhluk telah masuk ke dalam badan dan memaksa membunuh anak.
  • Delusi pelik (bizarre delusion): Mempercayai dengan kukuh sesuatu yang pelik. Contohnya; percaya bahawa malaikat telah datang menyerang bumi dan syaitan akan datang menyerang pula bumi setelah kematian  jin.
  • Delusi grandiose (grandiose delusion): Mempercayai bahawa dirinya mempunyai kelebihan tersendiri yang melampaui orang lain di dunia ini. Contohnya; percaya bahawa dirinya adalah nabi yang turun untuk menyelamatkan dunia ini, percaya bahawa dirinya boleh berkomunikasi dengan tuhan, percaya bahawa dirinya boleh mencipta kenderaan untuk sampai ke bulan dengan sekelip mata, percaya bahawa dirinya raja memerintah dan banyak lagi.
  • Delusi nihilistik (nihilistic delusion): Mempercayai bahawa diri sendiri atau sebahagian daripada tubuh badan sudah tidak wujud lagi atau mempercayai bahawa dunia sudah tidak wujud lagi. Contohnya percaya bahawa darah tidak mengalir lagi dalam tubuhnya.
  • Delusi merujuk (delusion of reference): Mempercayai bahawa orang lain di sekeliling bercakap mengenai dirinya. Contonya; percaya bahawa  jiran bersembang mengenai dirinya, percaya bahawa televisyen menyiarkan cerita mengenainya.
Halusinasi pendengaran(auditory hallucination): pesakit mendengar suara-suara atau bunyi walaupun orang lain tidak dapat mendengar.
  • Second person auditory hallucination berlaku apabila pesakit mendengar suara ghaib yang bercakap dengan mereka dan biasanya menyuruh pesakit melkukan sesuatu. Contohnya; pesakit dengar “ awak bunuh sahaja budak itu kerana ia dajal’, “awak bodoh”.
  • Third person auditory hallucination berlaku apabila pesakit mendengar banyak suara yang bersembang di antara mereka mengenai pesakit. Contohnya; pesakit dengar jin bercakap dengan hantu “ dia itu (pesakit) memang tidak berguna langsung”.
  • Running commentary berlaku apabila pesakit mendengar suara yang terus mengkritik setiap perbuatanya, contohnya; “ dia sedang makan , dia bangun darin kerusi , terus lari”.
  • Thought echo berlaku apabila pesakit mendengar otaknya sendiri bercakap dengan kuat apabila berfikir.
Halusinasi penglihatan (visual hallucination) : berlaku apabila pesakit dapat melihat sesuatu dengan jelas tanpa dapat dilihat oleh orang lain, contohnya, pesakit dapat melihat malaikat datang menghampiri mereka. Ini perlu dibezakan dengan illusi di mana stimuls telah dikesan oleh pesakit tetapi diinterprestasi secara salah oleh otak, contohnya pesakit melihat ular berlingkar tetapi sebenarnya adalah ikatan tali.

Terdapat juga halusinasi lain seperti halusinasi somatik atau halusinasi taktil di mana pesakit merasa seperti terdapat sesuatu bergerak atau merasa kesakitan pada badan, halusinasi bau di mana pesakit dapat menghidu sesuatu tanpa orang lain dapat menghidunya dan halusinasi rasa.

Di antara tingkahlaku pelik yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia adalah:
  • Mannerism : Perbuatan pelik yang dilakukan oleh pesakit seolah-olah mempunyai satu tujuan. contohnya, menepuk-nepuk tangan, bersalaman secara tiba-tiba.
  • Streotypy: Perbuatan pelik berulangan yang dilakukan oleh pesakit tanpa tujuan contohnya menggoyang-goyangkan tangan tanpa tujuan , melambai - lambai dll.
  • Catatonia: (Catatonic rigidity) mengeraskan badan dengan sengaja dan tidak membenarkan orang lain menggerakkan badan, ( catatonic stupor) pergerakan badan yang terlalu perlahan seolah-olah tidak berinteraksi dengan rangsangan luar, (catatonic posture) postur badan yang pelik dan pesakit dapat bertahan dengan lama dalam postur tersebut, ( waxy flexibilty) postur badan pesakit yang dapat dibentuk oleh orang lain dan pesakit bertahan dengan postur itu dalam jangkamasa yang lama.
  • Psychomotor Agitation: terlalu banyak pergerakan kerana keresahan jiwa dan pergerakan tidak produktif tanpa tujuan.
  • Echopraxia: mengikut perbuatan orang lain.
TANDA-TANDA NEGATIF:
tanda-tanda negatif skizofrenia biasanya melibatkan fungsi dan aktiviti pesakit terjejas. Mereka yang mempunyai tanda ini bersikap malas,tidak mahu bercakap, tiada motivasi, tidak mahu bergerak atau membuat kerja dan seolah-olah tidak mempunyai perasaan.:
  • Alogia (a-LO-jee-a) and poverty of speech: bercakap dengan sedikit , pertuturan tidak mempunyai isi dan perkara penting , dan mengambil masa yang lama menyambung perkataan dan ayat yang dipertuturkan seolah-olah pertuturan terhalang .
  • Flattening or blunting of affect: Terlalu kurang ekspressi muka. Mereka tidak senyum ketika gembira atau mengerutkan dahi ketika sedih. Mereka tiada hubungan emosi dengan orang yang bercakap dengannya, seolah-olah anda bercakap dengan robot.
  • Avolition and anhedonia: Hilang minat dan tenaga untuk melakukan perkara yang biasa mereka lakukan.
GANGGUAN EMOSI:
Pesakit skizofrenia juga boleh mendapat kemurungan (RUJUK KEMURUNGAN) dan episod mania ( RUJUK BIPOLAR DISOERDER), Maka sejarah penyakit perlulah tepat untuk mendapat diagnosis yang tepat kerana rawatan yang tepat perlu diberikan.

Emosi pesakit skizofrenia juga boleh bercelaru dan tidak sejajar dengan apa yang mereka fikirkan ( the affect is not congruent to the thought) . Contohnya: Fikiran pesakit penuh dengan kesedihan tetapi beliau menyanyi kegembiraan. Kadar bunuh diri pesakit skizofrenia adalah tinggi (10%). Ia boleh berlaku kerana mereka mempunyai kemurungan melampau dan psikosis yang menyuruh mereka membunuh diri.

GANGGUAN KOGNITIF:
Pesakit skizofrenia boleh mendapat gangguan kognitif yang menyebabkan mereka mempunyai IQ yang lebih rendah. Mereka tidak dapat membuat keputusan dengan baik, kurang penumpuan danmemori yang kurang baik.

GANGGUAN LAIN:
Pesakit skizofrenia dikaitkan juga dengan tingkah laku agresif. Tetapi perlu diingat pesakit skizofrenia bukanlah lebih merbahaya daripada orang normal. Kadar jenayah keganasan dilakukan oleh mereka yang mengidap ketagihan alkoho atau dadah, masalah personaliti dan mereka yang tidak mempunyai sakit mental berbanding kadar jenayah yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia.

Jumaat, 28 September 2012

Nak Senyum Sampai Ke Telinga Lah.. :)

SAya nAk SenyuM JErr. XmoW Ckp papeww hik3. . .

hahh!! mcm nie lah wajah aku keluar dwan peperiksaan pukul 5 ptg tadi.. sbab keenam-enam paper dah habis.. yahhoo!! cuti!! so kita enjoy.. opss!! enjoy tue taklah enjoy sangat.. gembira pun taklah sampai 100%.. sbab blum tentu result cantik.. bulan Nov nanti lah penentuan untuk semester seterusnya dan tgok result sendiri... dupdapdupdap jantung ku.. so buat sahabatku, selamat bercuti.. kesihatan kena jaga dan jgn nak tambah2 cuti plak nanti sampai tertinggal kuliah dan amali pada minggu pertama.. alasan cakap tiket tak ada.. hhehehe.. harap2 pointer kita org menaik.. Amiinnnn...

Ahad, 23 September 2012

Semangat Cuti?? Belum Lagi.. :(


...السلام عليکم

(:  Ø³Ù„امت Ù…الم Ø³Ù…وا

malam nie kita lambat ckit nak tido.. sbab mata tak mengantuk.. hahahha herm, mentang2 esok tak ada kuliah... so dapat la bangun lewat sikit.. ewh2!! tak boleh mcm tue sangat.. sbab minggu nie last utk axem final.. huh!! 4 paper lagi tinggal.. smua mencabar.. biokimia I, mikrobiologi III (klinikal tau.. paper nie tak boleh gagal dan cukup2 makan.. kalau tak susah mau pergi praktikal.. ) imunohematologi klinikal I, dan diagnosttik hematologi II.. dahla 1 hari 2 paper.. hari pun berturut-turut khamis dan jumaat. huhuhu berat kepala buat nyer... nasib baik paper parasitilogi II dan english language awareness dah limpas minggu tadi.. dah habis paper baru la tenang sikit kepala nie.. dapat enjoy!! sbab 1 bulan cuti semester.. yeah! yeah!! cuti.. stoooppp!! Nurbasyirah Binti Vyner, mood cuti berhenti dulu.. axem diutamakan okey??? so, selamat malam.. 

Bersedih?? Kenapa???

 Kekasih lari?
 Ditinggalkan anak isteri?
 Kematian orang tersayang?
 Gagal peperiksaan?
 Tak dapat apa yang diharapkan?
 Sentiasa gagal dalam kehidupan?
 Tak ada sumber kewangan?
 Bebanan hutang?
 Sibuk sangat dengan pelbagai bebanan?
Ada lagi alasan lain? Okay. Senaraikan berapa banyak alasan anda untuk sentiasa bersedih setiap hari.

Jika anda berjaya berkarya sebegitu banyak alasan, saya respek (atau kata orang melayu, kagum) dengan anda kerana anda memang juara memberikan alasan. Tepuk tangan gemuruh dengan kejuaraan anda pada hari ini!

Hari ini, tidak mahu sedih-sedih lagi. Daku mahu semua rasa gembira dan sukacita walaupun untuk waktu yang sementara (memanglah, dunia kan sementara. Kalau berterusan, terlupa ada nikmat untuk berterusan gembira di sana. Huhuhu…).

Okay. Ikut kata daku hari ini. Tak lama! 5-10 minit sahaja. Insya-Allah.

Pertama, pejamkan mata anda. Oopppss… nanti dulu. Baca dulu Bismillahirrah manirrahim….

Okay. Sekarang perlahan-lahan rehatkan minda, lapangkan fikiran dan hati dari segala alasan anda.

Jika belum pejam lagi, pejamkan mata anda (sekarang juga! Jangan degil!). Tarik nafas perlahan-lahan, dan hayatilah nafas yang ditarik dan dilepaskan secara perlahan-lahan.

Sekarang, mulakan imaginasi keindahan anda. Perkara yang menggembirakan dan mengembalikan semangat kehidupan dalam hidup anda.

Lihat, hayati ia dan rasailah ia seperti berlaku di hadapan mata anda. Seperti dalam genggaman nada. Bersama-sama dengan anda dan orang yang anda rasakan membawa kegembiraan untuk anda.
Rasailah kegembiraan itu sehingga anda merasai kepuasannya.

Okay. Sekarang buka mata anda dengan sebuah senyuman. Senyuman yang lahir dari hati rasa puas, indah, dan menggembirakan. Nak senyum sendiri-sendiri boleh, dekat orang lain pun boleh. Lemparkanlah senyuman itu berterusan kerana anda memang layak untuk menghasilkan sebuah senyuman yang menggembirakan!

Apabila ada yang bertanya, katakan sahaja,
“Hebat, Alhamdulillah!”

Jangan teragak-agak! Teruskan sehingga anda merasai kepuasan. Dan, rasailah kegembiraan yang pernah atau harapkan dalam hidup anda bersama anda berterusan.
p/s: sungguh, kadang-kadang kegembiraan yang dibayangkan mungkin sudah pergi. Tetapi, jangan bimbang! Kegembiraan itu tetap kembali, hanya anda tidak menyedari.

Bukankah selepas teriknya mentari, ada titisan embun dan hujan? Bukankah selepas rintisan hujan, ada sinar pelangi di pandangan?

KETAHUILAH….

Kenapa perlu bersedih?
Allah s.w.t tidak suka hamba-hambaNya bersedih. Dia sentiasa memberikan peringatan dan semangat bahawa setiap kesusahan ada kemudahan. Setiap bebanan mengikut kemampuan hamba-hambaNya.

Allah sentiasa memberikan kata semangat dan pendorong kepada hamba-hambaNya yang ditimpa ujian dan kesusahan. Dia memberikan kekuatan agar hambaNya tidak rasa kehilangan dan hanya berseorangan.

Rasulullah sendiri tidak mahu umatnya bersedih. Apabila Rasulullah bersedih hati, Allah sentiasa menghampiri. Malaikat, isteri, dan para sahabat sentiasa ada di sekeliling nabi. Hatta, Rasulullah yang sentiasa memberikan peringatan akan hari yang terkemudian, tidak sesekali meminta umatnya menghindarkan segala pekerjaan, makan,minum, segala urusan diri dan fitrah setiap insan hanya semata-mata untuk hari kemudian. Kerana, manusia tetap manusia, ada fitrah dan perasaan. Inilah hebatnya manusia sekiranya benar di atas landasan-Nya.

Tetapi,
Janganlah kerana anda tidak bersedih, anda tidak mengetahui apakah itu tangisan. Menangislah, kerana ia adalah suatu rawatan hati dan menghilangkan tekanan dalam diri.
Tangisan bukanlah hanya untuk kesedihan. Banyak lagi tangisan yang mendatangkan pelbagai persoalan dan jawapan. Malah, tangisan jua yang menyelamatkan anda dari azabNya di sana.

          Ada orang menangis kerana sakit.
          Ada orang menangis kerana gembira.
          Ada orang menangis kerana takut kepada Tuhan.
          Ada orang menangis kerana suatu kerinduan.
          Ada orang menangis kerana suatu pengharapan kepada Allah s.w.t.

Berhentilah berfikir untuk lemah diri. Mari, terus mengorak langkah maju untuk mencari kegembiraan dan redha Ilahi.
Bagaimana hari ini?
Kenapa masih bersedih?


Diam Itu Lebih Mulia..


DIAM?? ada rahsia disebaliknya??
LEBIH BAIK MULIA dan LOW PROFILE

kita asyik berbicara setiap masa.. bicara yang baik membawa kepada keselamatan dan kebaikan kepada orang lain.. jika bicara tidak mengikut adabnya.. kerana mulut badan binasa!! kita akan merana di dunia dan akhirat. lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. oleh itu DIAM adalah benteng bagi lidah manusia macam kita daripada mengucap perkataan yang sia-sia...

kata-kata hikmah berpesan:
" banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran. orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara. "

hikmah DIAM itu merupakan:

  • ibadah tanpa bersusah payah
  • perhiasan tanpa berhias
  • kehebatan tanpa kerajaan
  • benteng tanpa pagar
  • kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
  • menutup segala aib

Rasulullah juga ada berpesan dalam hadisnya mengenai kelebihan DIAM bermaksud:
" barang siapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. barang siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barang siapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya.. "
(Riwayat ABU NAIM)
" barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik itu diam. "
(Riwayat BUKHARI & MUSLIM)
" barang siapa diam maka ia terlepas dari bahaya. " (Riwayat AT-TARMIZI)

akhir kata kita sebagai manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. jalan terbaik adalah DIAM kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang mulia. bicara dengan baik adalah lambang hati yang mulia dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia tersebut.

Jumaat, 21 September 2012

Saya Benci Seseorang..


  • depan baik, belakang kutuk
  • tak hargai orang
  • mementingkan diri sendiri
  • masa susah cari, masa senang senyap
  • ambil kesempatan atas kebaikan orang
  • dah salah tak nak mengaku
  • memaksa 
  • kelakuan baik seseorang diceritakan keburukan seseorang
  • penghasut
  • hidup dengki
  • panas baran
  • dll..
* saya tidak PERFECT, saya juga buat SILAP, tapi saya ELAK perkara di atas.. lagipun saya tak pernah kutuk/ memperjahatkan kawan saya dari belakang.. KECUALI ANDA YANG MEMBUAT SAYA BEGINI..*

Ahad, 26 Ogos 2012

10 Kelahiran Istimewa


1: PROGERIA
Progeria terjadi pada satu daripada lapan juta kelahiran. Hal ini menyebabkan seorang budak yang seperti usia nya sudah tua. Penyakit Progeria biasanya akan kehilangan rambut, mengembangkan keriput, dan ciri-ciri wajah yang sangat tua. kerosakan teruk arteri yang disebabkan oleh penyakit ini bermakna bahawa kebanyakan pesakit meninggal dunia pada saat mereka meningkat remaja.


2: FOETUS IN FOETU
Hal ini adalah seorang bayi lahir dengan kembar dalam dirinya, nampak seperti orang hamil. Kedua-dua kembar biasanya terbentuk daripada satu telur, tetapi selama kehamilan, satu diserap oleh yang lain dan mula hidup dari itu seperti parasit. Pembedahan biasanya boleh menggugurkan kembar dari yang kuat tanpa kesan-kesan buruk.


3: FUSED LIMBS
Fused Limbs adalah dua kaki yang bercantum. Hal ini boleh berlaku dalam beberapa kes dengan jari kaki atau jari tangan, tetapi dalam kes baru-baru ini di Peru, seorang kanak-kanak lahir dengan kaki bercantum, dia kelihatan seperti ikan duyung kan. Seorang dari 70,000 bayi yang mengalami penyakit ini.


4: VESTIGIAL TAIL
Hal ini disebabkan oleh mutasi gen yang ada pada bayi menyebabkan kematian sel daripada bahagian tubuh yang tidak diperlukan.


5: ONE EYE
Ramai yang kata ini adalah dajjal. Sekiranya ini dajjal, bagaimana pula dengan ibu yang melahirkan nya? Tak silap Togi dajjal itu sebenarnya ada dua mata, tetapi hanya satu mata nya sahaja yang berfungsi. Oleh sebab itu dinamakan dajjal ada satu mata. Kelahiran bayi ini diyakini bahwa penyebabnya mungkin berkaitan dengan ubat rawatan kanser tertentu yang diambil oleh wanita hamil.


6: CRANIOPAGUS PARASITIC
Kejadian ini adalah satu keadaan di mana seorang anak dilahirkan dengan kepala tambahan. Hanya ada sepuluh kes itu didokumenkan dalam sejarah, dengan hanya tiga yang masih hidup. Dalam satu kes pelik, kepala kedua-dua boleh menangis tersenyum, berkelip dan menyusukan nya.


7: KEMBAR SIAM
Kita semua selalu dengar cerita pasal kembar siam Hal ini, tentu saja penyakit di mana bayi kembar yang lahir bergabung bersama atau lebih bahagian dari tubuh mereka. Dalam kes begini, anak-anak boleh dilahirkan bergabung di bahagian atas kepala. Kadang-kadang kembar Siam dapat dipisahkan, sehingga keduanya boleh hidup beransingan, tetapi kalau yang begini mungkin tidak boleh.


8: AMBRAS SYNDROME
Ambras Syndrome adalah penyakit yang menyebabkan seseorang untuk dilahirkan dengan bulu yang berlebihan pada wajah dan tubuh badan. Ini adalah untungnya penyakit yang sangat langka. Penyakit ini sangat melemahkan bagi kanak-kanak kerana mereka sering dijauhi oleh rakan-rakan mereka. Kejadian Tuhan sebenarnya kita tidak boleh menolaknya.


9: FIBRODYSPLASIA OSSIFICANS PROGRESSIVA
Dimana seorang budak yang sakit, penderitaan budak ini berpunca dari Fibrodysplasia Ossificans Progressiva iaitu satu penyakit yang berkembang tulang dalam jumlah cukup besar yang boleh menjadikan meraka lemah, dengan beberapa tulang sendi berlebihan. Tulang tidak dapat buang dalam pembedahan kerana akan menyebabkan tulang lebih banyak tumbuh di bekas pembedahan.


10: ANENCEPHALY
Anencephaly adalah satu penyakit biasanya buta, tuli, tak sedar diri, dan tidak boleh merasakan sakit.


Khamis, 16 Ogos 2012

Pulau Anak Patung Yang Menyeramkan..


Lebih lima puluh tahun yang lalu, Don Julian Santana meninggalkan isteri dan anak-anaknya, bergerak ke sebuah pulau di Tasik Teshuilo dalam terusan Xochimilco. Menurut sesetengah pendapat, seorang gadis muda sebenarnya tenggelam dalam tasik, sementara kebanyakan orang lain, termasuk saudara-saudaranya, mengatakan Don Julian Santana hanya membayangkan gadis itu tenggelam. Apapun,Don Julian Santana mengabdikan hidupnya untuk roh gadis itu dalam keadaan unik dan menyeramkan.


Don Julian Santana mula mengumpul anak patung dari terusan dan tong sampah berhampiran rumah pulau itu. Beliau juga menukar hasil tanaman untuk mendapatkan anak patung yang lebih banyak. Don Julian Santana tidak membersihkan anak patung atau cuba untuk memperbaiki anak patung yang dia jumpai sebaliknya terus meletakkan patung-patung itu tanpa anggota badan yang lengkap dan dipenuhi kotoran.

Beliau mengalu-alukan pelawat, dia akan menunjukkan kawasan sekitar, mengenakan bayaran yang murah untuk mengambil gambar.Pada tahun 2001, Don Julian Santana telah dijumpai lemas di kawasan yang sama di mana beliau percaya seorang anak gadis telah meninggal dunia.