Isnin, 11 April 2011

selsema datang lagi... :(

sudah seminggu aku sembuh drpd demam... entahlah kenapa tiba2 pagi tdi waktu aku bangun dari tdo tekak aku terasa sakit dan sukar untuk menelan air liur.. suara aku lebih garau dan kasar drpd biasa. aku minum air suam beberapa gelas akhirnya okey... waktu tgh hari pula aku sudah dijangkiti selsema secara tiba2. menitik dan meleleh mukus jernih itu dari dua lubang gua hidang yang merah macam hidung badut... bersin sepanjangan sehingga tekak aku sakit.. awh....!!!!! bencinya... dahlah tak dapat tdo.. hidung pula tersumbat.. air mata pula meleleh mcm nak menanggis... :( kepala sakit... nasib baik mama ada simpan pil selsema dapat juga reda sikit.. kenapa aku benci selsema??


nie nak kongsi sikit tips2 yang aku dpt dari PETUA KESIHATAN

Selsema
Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang panas/suam lalu diminum atau minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk. Untuk bayi ambil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis,dibelah,diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.
Sakit kepala

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua Insya Allah akan beransur baik.
Pulihkan sakit tekak.

Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.


tapi aku belum cuba lagi petua nie.. bgerak2 juga hati aku nak cuba.. tapi takut.. kalau anda yakin, anda cuba la petua nie... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan