Sabtu, 19 Februari 2011

siapalah aku...

Kalaulah aku.. 
seekor burung.. 
akan aku terbang tinggi... 
tapi tak mungkin... tak mungkin... 
kerana aku adalah aku... 
seorang insan yang lemah..

Kalaulah aku.. 
seekor ikan... 
akan aku berenang di lautan dalam... 
tapi tak mungkin... tak mungkin... 
kerana aku adalah aku... 
seorang insan yang lemah...

Kalaulah aku... 
sekuntum bunga... 
akan aku hiasi dunia seindah yang mungkin... 
tapi tak mungkin... tak mungkin... 
kerana aku adalah aku... 
seorang insan yang lemah...

Kalaulah aku air... 
akan aku sirami Kuala Lumpur ini... 
yang sedang diCATU air... 
tapi tak mungkin.... tak mungkin... 
kerana aku adalah aku... 
seorang insan yang lemah...
  
Kalaulah aku... 
Kalaulah aku... 
Kalaulah aku...

kelakar..kelakar... 
kalaulah aku...

Ahh mengarut semua itu... 
Yang harus dihadapi ialah realiti bukan 
fantasi....

cetusan minda

Di dalam mentari terpercik misteri 
lambaian wajah umpama bidadari 
kucapai namamu tegak baiduri 
didalam lamunan kita menari 
mimpi pasti, 
datang dan pergi 
namun pepohon tetap teguh 
walau berbuah ranting rapuh 
teguh matlamat jiwa utuh 
disimbah racun tidakkan luruh.

--------- ̿̿̿ ̿' ̿'\̵͇̿̿\з=(•̪●)=ε/̵͇̿̿/'̿'̿ ̿ ----------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan